Oleh Syed Abdullah. Seremban 9 Feb 2012 - KHUTBAH Jumaat tidak harus terlalu panjang sehingga melebihi setengah jam. Ia menyebabkan jemaah mengantuk dan tidak khusuk mendengar.
Bacaan ringkas tetapi padat dengan kata-kata perangsang serta petikan nasihat dan dibaca dengan lancar dengan suara bersemangat adalah lebih baik. Masa untuk khutbah sepatutnya dalam lingkungan 15 minit sahaja. Ramai antara jemaah adalah kakitangan kerajaan dan juga pekerja swasta yang sentiasa mengejar masa untuk bertugas semula pada pukul 2.45 petang. Begitu juga dengan bacaan dalam sembahyang, terutama solat Jumaat, sebaik-baiknya ayat lazim sahaja. Tidak perlu ayat panjang kerana ramai antara jemaah juga ada yang sudah lanjut usia dan sakit. Pihak masjid juga seharusnya menyediakan ruang khas untuk kanak-kanak yang belum baligh agar nampak kemas dan berdisiplin. Dicadangkan juga agar setiap kariah masjid dipasangkan beberapa CCTV untuk memantau agar barang berharga tidak menjadi mangsa kecurian di samping dapat mengesan perkara yang tidak diingini berlaku di tempat ibadah. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

