Panjang betul surat terbuka yang ditulis oleh Dr Maszlee Malik kepada YB Dato 
Dr Hasan Ali. Pada mulanya saya malas nak baca, tetapi saya tertarik kepada 
ringkasan surat di bawah ini. Apabila dibaca balik, surat tersebut sebenarnya 
bukan dituju kepada Dr Hasan Ali saja, tetapi kepada kita semua yang ada 
jawatan dalam kerajaan, dalam parti politik, dalam JKKK, dalam persatuan dan 
sebagainya.

Kalaulah saya tiada apa-apa jawatan tersebut memang saya amat suka sekali sebab 
yang pertama saya tidak akan dibebankan dengan amanah. Kedua, saya boleh 
melakukan apa yang saya suka. Saya ada lebih masa untuk bersih surau, bersih 
kubur. Saya akan ada lebih masa dengan emak dan keluarga. Saya akan ada lebih 
masa untuk ke kuliah di masjid dan surau. Saya akan ada lebih masa melepak 
dengan para belia dan remaja. Saya akan ada lebih masa untuk meninjau kehidupan 
mereka yang kesusahan. Dan banyak lagilah.

Kepada sesiapa yang membaca surat terbuka ini, jangan tengok Dr Hasan Ali saja, 
tengok dan cermin diri kita sendiri. Kalau kita tidak jadi calon adakah kita 
akan terus bermesra dengan orang kampung. Kalau kita tidak jadi YDP Kawasan , 
adakah kita akan terus merangka program dakwah dan sebagainya.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Daripada :
Dr Maszlee Malik
Feb 10, 2012

Kepada : 
YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,
 
…......... (diringkaskan)

Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi 
gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya 
mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada 
pada diri Datuk.

Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan 
emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang 
bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan 
Datuk miliki.

Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah 
kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam 
negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai 
waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.

Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar 
bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak 
akan menghalang kerja murni Datuk itu.

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk 
menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk 
sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM.

http://www.malaysiakini.com/news/188691 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke