KUALA LUMPUR 10 Feb. 2012 - Akibat apa
yang didakwa sebagai 'ketirisan' dan kelemahan pentadbiran Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), lima daripada lapan aset
udara pihak berkuasa itu kini tersadai ibarat gajah putih.


Menurut sumber, selain masalah
penggantungan operasi aset udara, sepasukan petugas Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah beberapa kali melakukan
pemeriksaan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya berkaitan 'Bayaran
Insentif Penerbangan' kepada anak kapal yang tidak berkelayakan sejak
beberapa tahun lalu.
Katanya, kelemahan itu antara lain
menyebabkan dua pesawat amfibia agensi berkenaan iaitu Bombardier
CL415MP dihentikan operasi sejak Disember 2010 manakala tiga
helikopter AgustaWestland AW139 berhenti beroperasi mulai September
2011.
Katanya, penghentian operasi
kelima-lima aset itu secara tidak langsung menjejaskan keupayaan
Cawangan Udara agensi tersebut.
"Kelemahan itu antara lain
menyaksikan aktiviti penyelenggaraan AW139 masih dilaksanakan oleh
pihak kontraktor yang belum memperoleh status kelayakan menyelenggara
dan Certificate Of Airworthiness pesawat berkenaan digantung.
"Jika masalah kelemahan
selenggara, pengurusan pesawat dan sumber manusia APMM tidak diambil
perhatian oleh pihak berkuasa, ia dikhuatiri akan berterusan dan
sengaja dimanipulasikan oleh pihak tertentu," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.
Sumber tersebut menambah, APMM gagal
menggerakkan kelima-lima pesawat itu kerana kontrak penyelenggaraan
asal syarikat yang dilantik, AJ Aviation Services Sdn. Bhd. dan
AgustaWestland telah dihentikan.
Katanya, berdasarkan bilangan pesawat
yang kecil dan usia yang masih baru, APMM dan negara secara amnya
hanya mempunyai beberapa orang kapten pesawat yang berkelayakan
bertugas dalam semua keadaan cuaca pada bila-bila masa. 

Katanya, dua jurulatih pesawat
helikopter agensi itu dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) akan tamat tempoh pada pertengahan tahun ini manakala
satu-satunya jurulatih penerbangan agensi itu dirancang ditukar ke
bahagian lain.
"Pembangunan modal insan turut
terjejas di mana pelatih-pelatih penerbangan gagal menamatkan latihan
walaupun kos latihan telah dijelaskan kerajaan akibat daripada
kelemahan pemantauan dan pengurusan oleh pihak berkaitan,"
dakwanya. 

Sementara itu, Ketua Pengarah APMM,
Laksamana Maritim, Datuk Mohd. Amdan Kurish ketika dihubungi mengakui
pihaknya mempunyai sedikit masalah berhubung penyambungan kontrak
penyelenggaraan pesawat itu yang kini dalam peringkat akhir
perbincangan.
Kerana masalah itu katanya, kelima-lima
aset udara tersebut tidak dibenarkan untuk beroperasi atas faktor
keselamatan selari dengan amalan dan arahan kerajaan.
Bagaimanapun menurutnya, kesemua aset
tersebut dijangka kembali beroperasi selepas segala prosedur
penyambungan kontrak itu diselesaikan dalam masa terdekat ini.
"Mengenai SPRM pula, ia bukannya
siasatan tetapi mereka meminta kerjasama kami menyediakan beberapa
dokumen mengenai perkara tertentu, saya tidak pasti kerana baru
pulang daripada bercuti," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
 

Pesawat APMM tersadai kerana tidak ada
wang 

Pada Januari 2009 kerajaan Malaysia
telah menerima pesawat amfibia Bombardier untuk kegunaan APMM (Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia), kemudian pada awal 2010 sebuah lagi
pesawat model yang sama diterima pada kos sekitar RM 120 juta sebuah.
Kini kedua-dua buah pesawat tersebut telah tersadai tidak dapat
digunakan kerana tiada peruntukan kewangan untuk penyenggaraan
pesawat.

Satu telah tersadai sejak tahun 2010
lagi, dan sebuah lagi kira-kira 6 bulan yang lalu. Pada awalnya
kerajaan berbangga kerana Malaysia adalah negara yang pertama di Asia
yang menggunakan pesawat amfibia.

Malaysia di kelilingi oleh lautan dan
pantai yang luas dan panjang. Dengan ketiadaannya pesawat maritim ini
akan pasti mengancam keselamatan negara.

Siapa yang akan dipersalahkan atau
dikambing hitamkan dalam kes ini?

Dalam pada masa yang sama kita
mempunyai 18 buah jet pejuang Sukhoi yang berharga sekitar RM 3
bilion atau sekitar RM 150 juta sebuah.

No money to fly
27 December 2011

PETALING JAYA (Dec 26, 2011): The
Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) has had to ground its
two amphibious planes – barely two years after putting the aircraft
into service – due to budget constraints.

Since their grounding, the two
Bombardier Aerospace CL415MP have been sitting in a hangar in Subang.
One has been parked there since late last year, while the other has
been grounded for about half a year.

According to the agency's 2010 annual
report, the planes had to be grounded as the agency has yet to sign
the maintenance contract for the amphibious planes as MMEA has not
been allocated enough funds for the purpose.

Apart from firefighting, the amphibious
planes can be used for search and rescue and maritime surveillance
although only one aircraft, serial number M71-01, has been fitted
with the specialised mission equipment including two side-looking
airborne radars, a forward-looking infrared radar, an airborne
maritime surveillance system and other avionics and communications
equipment.

The government ordered the planes from
Bombardier in June 2008 and the first aircraft was delivered in
January 2009 while the second arrived in early 2010.

http://www.thesundaily.my/news/249344 

APMM pertama di Asia guna pesawat
amfibia
14/10/2008 6:06pm

PELABUHAN KLANG 14 Okt. - Pesawat
pelbagai guna amfibia yang dibeli oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM) dijadualkan tiba bulan depan, sekali gus akan
menjadikan negara ini sebagai yang pertama di Asia menggunakan kapal
terbang jenis itu.

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2008&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm
 

Sementara itu, Muhyiddin berkata,
kerajaan akan meneliti laporan bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM) dikatakan diarah tidak menggunakan dua pesawat
amfibianya berikutan masalah kewangan.

Katanya, beliau masih menunggu laporan
penuh agensi itu berkaitan dua Bombardier Aerospace CL415MP dengan
sebuah tersadai sejak akhir tahun lalu manakala sebuah lagi hampir
enam bulan.

Akbar itu memetik, berdasarkan laporan
tahunan APMM 2010, pesawat berkenaan tidak boleh diterbangkan kerana
agensi itu belum menandatangani kontrak penyelenggaraan berikutan
kekurangan dana.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takperlutafsiranbaru/Article/index_html
 

Pesawat Pertama (M71-01) telah
diserahkan kepada APMM pada 23/1/2009 manakala pesawat kedua telah
diserahkan pada bulan Oktober 2009. Pesawat Bombardier ini berupaya
untuk membantu dalam memadamkan kebakaran. Pesawat ini berupaya
melawan kebakaran dengan kelajuan 150 kt 278 km/j.

http://www.mmea.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1570:aset-apmm&catid=66
 

Beliau berkata, pesawat Amfibi terbaru
itu yang berharga RM120 juta dan dibeli dari Kanada, kini boleh
melaksanakan misi penuh.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
 

Malaysia telah menandatangani kontrak
bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5
Ogos 2003.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukhoi_Su-30MKM 

Kirim email ke