Diharapkan pihak Proton dapat menyiasat kesahihan aduan di bawah ini , 
seterusnya mengambil tindakan yang perlu agar industi otomotif negara ini 
sentiasa berdaya saing dan mendapat sokongan padu pengguna tempatan.
 
Proton Saga FLX – Enjin Mati Secara Mengejut 
February 11th, 2012 - Semalam aku mengalami pengalaman yang sama dengan Encik 
KHARZUL RAFI MD YAZID iaitu enjin mati secara tiba-tiba semasa sedang memandu 
PROTON SAGA  FLX  1.3 (CVT) pada kelajuan 150km/j. Kelajuan 150km/j itu cuma 
dalam tempoh 15 saat sahaja semasa sedang memotong kereta.Lampu amaran CVT 
menyala dan pada masa yang sama enjin mati mengejut.
 
Cadangan:
 
Pihak PROTON boleh buat dua pengesan suhu untuk unit CVT tersebut.  Pengesan 
suhu pertama adalah sebagai amaran kepada pemandu dengan cara memaparkan lampu 
amaran CVT pada suhu tertentu sebelum mencapai suhu maksimum CVT. Lampu amaran 
CVT dipaparkan untuk beberapa minit sebelum enjin dimatikan. Pengesan suhu 
kedua adalah untuk mengesan suhu maksimum ‘belt’ CVT dan mematikan enjin. 
Adakan ‘cut off’ untuk ‘top speed’ kereta PROTON SAGA FLX 1.3 (CVT) pada 
kelajuan 14okm/j. 
Diharap pihak PROTON yang LEBIH ARIF dengan perkara ini boleh menyelesaikan 
masalah ini dengan secepat mungkin.
 
By: MimiTaro
 
http://www.aduanrakyat.com.my/proton-saga-flx-enjin-mati-secara-mengejut 
 
Kerosakan Enjin CVT Saga FLX 
December 30th, 2011
 
Saya baru membeli proton saga flx pada 26 November 2011 di Bayangan Dinamik SB 
di Bandar Baru Bangi, yang merupakan pengedar sah PROTON.
 
Kenderaan ini merupakan kenderaan utama untuk saya berulang alik ke pejabat di 
Putrajaya. Tetapi saya merasa sangat kecewa dan hampa apabila belumpun sampai 2 
minggu kereta ini mempunyai masalah. Berikut adalah kronologi pembelian kereta 
ini: 
 
26 November 2011 – Menerima kereta daripada wakil pengedar Bayangan Dinamik 
Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi. 
3 Disember 2011 – Sedang dalam perjalanan ke kedai buku di Alam Damai, kereta 
ini telah menunjukkan tanda amaran kegagalan CVT. Saya bersama anak-anak hampir 
menemui kemalangan kerana kereta tidak mempunyai pick-up langsung. Telah 
menghubungi dealer dan menyuruh rujuk kepada manual. Dalam keadaan panik, suami 
telah menelefon talian 1-800-888-398 untuk meminta bantuan. Berjaya pulang 
kerumah dengan keadaan kereta yang membahayakan. 
9 Disember 2011 – Amaran CVT menyala lagi, semasa dalam perjalanan pulang 
daripada solat jumaat jam 2.30 petang di lebuhraya SILK Balakong. Hampir 
dilanggar oleh kereta lain, kerana secara tiba-tiba kereta bergerak perlahan. 
Sekali lagi menelefon talian bantuan kerosakan. Dinasihati untuk berhenti 
seketika. Sampai dirumah telefon semula bantuan kerosakan, bantuan lori towing 
hanya sampai jam 4.30 petang dan membawa kenderaan ke pusat servis di cheras. 
Menelefon pusat servis bertanya bila kereta akan dibaiki dan dimaklumkan kereta 
hanya akan dibaiki pada minggu berikutnya kerana 10 Disember 2011 (Sabtu) hanya 
menjalankan servis kereta yang biasa sahaja. 
12 Disember 2011 – Telah menelefon pusat servis dan dimaklumkan kereta akan 
disiapkan pada hari itu. Setelah menunggu hingga petang, sekali lagi 
dimaklumkan kereta tidak dapat disiapkan. 
13 Disember 2011 – Kereta telah diambil daripada pusat servis tanpa memberi 
apa-apa penerangan mengenai pemasalahan yang dihadapi. 
24 Disember 2011 – Jam 9.30 pagi menghantar kereta ke pusat servis yang sama 
untuk servis 1,000km pertama. Jam 12.45 kereta baru disiapkan. Mengharapkan 
kereta dalam keadaan baik selepas menukar engine oil, oil filter, gasket drain 
plug dan magnetrap. 
25 Disember 2011 – Jam 2.00 petang ketika hendak keluar bersama keluarga ke 
kenduri kahwin, lampu amaran CVT bernyala lagi. Dalam keadaan keadaan jalanraya 
yang sibuk, terpaksa memberhentikan kereta dan ini sangat membahayakan keluarga 
saya yang berada didalam kereta ketika itu. Telefon semula bantuan hotline, 
tetapi jawapan yang sama diterima. Telah bercakap dengan salah seorang pekerja 
di talian bebas tol i-care dan mengadu masalah yang dihadapi, dinasihatkan 
untuk menghubungi proton i-care. 
Dengan keadaan yang telah berlaku ini, saya merasa SANGAT KECEWA, HAMPA DAN 
SUDAH TAWAR HATI. Inikah yang dikatakan MALAYSIA’S LEADING MANUFACTURER??
 
Diharap pihak PROTON menghubungi saya bagi menyelesaikan masalah yang sedang 
dihadapi ini. Disebabkan masalah ini, saya terpaksa menyewa kereta untuk pergi 
bercuti kerana semuanya telah dirancang tetapi lain yang berlaku, kegembiraan 
menerima kereta baru hanyalah seminggu, selepas itu saya menanggung kesusahan 
dan penyesalan yang amat sangat dengan PROTON.
 
Saya memberi tempoh dua (2) minggu dari tarikh e-mail ini utnuk pihak PROTON 
mengambil inisiatif menyelesaikan masalah saya.
 
By: KHARZUL RAFI MD YAZID
http://www.aduanrakyat.com.my/kerosakan-enjin-cvt-saga-flx 
 
Proton Persona baru mengalami masalah ECU Box 
February 12th, 2012 
 
Saya bekerja di Pulau Pinang. Pada 9hb jun 2010 saya telah membeli kereta 
proton persona elegent 1.6 manual di sebuah syarikat panjualan kereta di negeri 
ini dengan harga 53k. Pada 1hb ogos 2010 saya memandu kereta tersebut ke pahang.
 
Pada pagi 5hb ogos 2010, saya ingin memulakan perjalanan ke Pulau Pinang semula 
tiba-tiba kereta saya mengalami masalah. Timing turun naik sedangkan pada waktu 
itu saya tidak menekan pedal minyak. Saya hantar kereta saya ke pusat service 
proton di Bandar Maran untuk di periksa.
 
Pekerja pusat service buat pemeriksaan terhadap kereta saya dan mendapati 
terdapat masalah pada ECU Box. Saya bertanya pada kerani di pusat proton 
tersebut kenapa kereta saya mngalami masalah ecu box sedangkan kereta tu baru 
sahaja di beli. Kerani menerangkan pada saya, kereta proton persona elegent 
yang bernombor casis macam kereta saya dan ke bawah memang akan mengalami 
masalah ecu box.
 
Persoalannya, kenapa saya tidak diberitahu tentang perkara ini semasa saya 
hendak membeli kereta tersebut? Apa hak saya sebagai pengguna? Kenapa selepas 
kereta tersebut mengalami kerosakan baru maklumat ini sampai kepada saya? Itu 
pun selepas di tanya. Sedangkan rekod sudah ada yang mengatakan kereta saya 
akan mengalami masalah. Bagaimana kalau semasa saya memandu dalam kelajuan 
tertentu dan kereta saya mengalami masalah tersebut? Nasib baik kejadian itu 
terjadi semasa saya baru hendak memulakan perjalanan.
 
Adakah kereta buatan malaysia yang di pasarkan dalam malaysia sendiri tidak 
berkualiti? Saya sebagai pengguna rasa tertipu. Harap pihak yang 
bertanggungjawab tolong ambil serius perkara ini. Jangan bila sudah ada nyawa 
yang melayang di sebabkan kesilapan proton, baru nak ambil tindakan.
 
By: roshidi
 
http://www.aduanrakyat.com.my/proton-persona-baru-mengalami-masalah-ecu-box 
 
Kerosakan serius pada Proton Persona 
January 16th, 2012
 
Di sini saya ingin melahirkan rasa tidak puas hati yang amat-amat sangat kepada 
Proton dan seluruh pihak yang berkenaan. Untuk pengetahuan, saya baru sahaja 
membeli Proton Persona H-Line (full spec) tapi setelah saya membeli kenderaan 
tersebut, hanya beberapa kali sahaja dapat digunakan.
 
1700 km : Kerosakan pertama telah berlaku dimana kenderaan telah mengeluarkan 
pelbagai bunyian serta keroasakan pada brek dan penjimatan minyak. Hasilnya, 
terpaksa tinggal beberapa hari dengan penyelesaian yang diberikan kononnya 
kereta lain pun mengalami masalah yang sama. Juga telah ditipu oleh Pusat 
Servis Mutiara Damansara (3S center kononya yang perkhidmatan macam hampas) 
kononnya telah menukar dashboard tapi sebenarnya tidak.
 
3400 km : Kerosakan sama berulang kembali dan sekali lagi menghantar ke Pusat 
Servis Mutiara Damansara (3S center kononnya). dapat kembali kereta dengan 
masalah lain pula yang timbul dan ruang dalaman kenderaan bercalar teruk.
 
8100 km : Kerosakan sama berulang kembali beserta dengan kerosakan baru lagi 
yang muncul dan tidak dibaiki tetapi ditipu kononnya dibaiki.
 
10000 km : Hantar lagi ke Pusat Servis Mutiara Damansara untuk tukar dashboard 
serta barang yang bercalar beserta dengan timbul juga masalah baru.
 
Boleh dikatakan sepanjang proses menghantar ke pusat servis mutiara damansara, 
perkhidmatan cukup-cukup mengecewakan dan masing-masing seolah melepas tangan. 
Tidak lag masuk terpaksa tinggal kereta sehingga kadang-kadang 4 hari untuk 
baiki.
 
Berikutan daripada masalah ini, saya telah membuat laporan kepada banyak pihak 
dan masing-masing lepas tangan. Telah menelefon kononnya Branch Manager Mutiara 
Damansara tapi tinggal harapan palsu kerana mereka ini takkan panggil balik 
customer. kalau saya call pun untuk beberapa kali tiada jawapan.
 
Saya juga telah membuat aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang kononnnya 
membela pengguna pun sama juga tidak melayan.
 
Antaranya saya telah membuat aduan kepada NCC, jawapan yang diberikan asyik 
sedang memproses aduan tanpa ada apa-apa jawapan daripada mereka selepas itu.
 
Juga telah membuat aduan kepada KPDNKK juga cukup mengecewakan kerana katanya 
hanya boleh menerima aduan tapi tidak boleh mengambil apa-apa tindakan.
 
Yang paling mengecewakan ialah merujuk kepada Tribunal Pengguna dan jawapan 
yang diberikan tidak dapat menolong kerana nilai harga kenderaan itu sendiri. 
Saya cuba meminta nasihat daripada mereka namun jawapan yang diberikan adalah 
sama ditambah lagi “kalau encik nak ambil tindakan pergilah cari peguam, masuk 
mahkamah”.
 
Sekarang saya tidak tahu lagi kemana harus untuk mengadu seolah-olah pengguna 
tiada kuasa langsung. Dimana hak kami? Cuba bayangkan lah, saya terpaksa bayar 
bulanan untuk benda yang saya tidak guna. Dimanakah Proton yang cakap berapi 
kononnya nak berikan perkhidmatan yang terbaik? Kerana kereta sayan yang 
bermasalah, terus aduan saya tidak dilayan dan dibakul sampahkan.
 
By: kamal
http://www.aduanrakyat.com.my/kerosakan-serius-pada-proton-persona

Kirim email ke