Aduan Rakyat.Com, 15 Feb 2012 - Perkara ini telah lama saya harungi, amat lama. 
Malangnya semakin hari semakin teruk. Maintenance komuter tidak dijaga, sering 
rosak di tengah jalan atau di mana-mana stesen keretapi di mana saya terpaksa 
bertukar tren. 
 
Ataupun perjalanan tertangguh dan terpaksa menunggu lebih lama lagi. Lantai 
train ada yang takut hendak dipijak kerana menjadi terlalu lembut sehinggakan 
terasa seperti nak pecah. Pergerakan tren pula terlalu lambat.
 
Saya tidak faham mengapa KTMB ibarat papa kedana dalam banyak-banyak sistem 
tren yang lain di mana penjagaan maintenance serta perjalanan tidak tepat pada 
masa lagi lembab. 
 
Kata nak naik taraf perkhidmatan seperti swasta tapi swasta pada nama sedangkan 
segalanya sama seperti dahulu. Memang ada nampak perubahan dan peningkatan tapi 
berapa peratus berbanding dengan konsesi perkhidmatan keretapi lain yang muncul 
terkemudian daripada KTMB tetapi mampu memberi perkhidmatan yang jauh lebih 
bagus, selesa dan tepat pada masa.
 
Saya sudah naik bosan dengan rentak perkhidmatan KTMB ini dan tak tahu la bila 
nak sedar dan berubah. Yang sengsara kami pengguna perkhidmatan ini kerana kami 
bukan naik free, kami bayar! 
 
Ke mana perginya wang keuntungan yang telah bertahun-tahun di pungut dan 
mengapa tidak digunakan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan, kelancaran 
perjalanan serta kualiti tren yang disediakan untuk kami yang membayar segala 
perkhidmatan yang diberikan.
 
BERUBAH DAN BUAT SESUATU KTMB. JANGAN JADI SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG DAN 
NAK TUNGGU ADA KEJADIAN BARU NAK BERTINDAK. PERKHIDMATAN TREN YANG BARU PERGI 
BALIK KE IPOH PUN ORANG DAH KOMPLEN SAMPAI MASUK BERITA. ITUPUN TAK SEDAR LAGI?
 
By: Hannah
 
Sumber dari : 
http://www.aduanrakyat.com.my/perkhidmatan-komuter-teruk-lambat-lantai-pecah 

Kirim email ke