KISAH PELARIAN ROHINGYA - “Umat Islam Tanpa Negara” 
Bersama Ustaz Mahmud Ayaz (Wakil Arakan Rohingya Network/ Setiausaha Agung 
Persatuan Kebajikan Muslim Rohingya)
Tarikh : 20 Februari 2012, ISNIN
Masa : 7:30 mlm
Tempat : Surau Al-Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
- Maklumat Lanjut hubungi Sdr Suhaire Sulaiman (010-5492867) , Sekretariat 
CIMMA 
- Kutipan derma akan dilancarkan untuk membantu Ustaz Mahmud Ayaz yang sekarang 
ini mengurus sebuah Madrasah Anak Yatim Rohingya (Umat Islam Tanpa Negara)

PERSIDANGAN KEMBALIKAN HAK ASASI MANUSIA (Pelarian Etnik Rohingya Muslim)
Tarikh : Jumaat , 24 Feb 2012
Masa : 8 pg - 12.30 tgh
Tempat : Pejabat Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), 14B Jln Plumbum P7/P, Pusat 
Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
- Untuk penyertaan sila hubungi 013-3318381 (Sdr Hafiz - Penyelaras Urusetia)
- Anjuran : Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA).

PELARIAN ROHINGYA KRITIKAL, PERLU SUMBANGAN 

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia 
(Shura) menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk menghulurkan bantuan 
kecemasan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.
 
Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid memberitahu, Teras dan Shura bersama-sama 
Citizens International akan berusaha menghantar misi kemanusiaan kepada mereka 
sesegera mungkin setelah berjaya mengumpul sumbangan daripada orang ramai.
 
Mengulas lanjut, beliau berkata, situasi di kem pelarian Rohingya di Bangladesh 
ketika ini tidak ubah seperti Gaza kerana segala bentuk bantuan yang diberikan 
pihak luar tidak dibenarkan masuk.
 
"Di Bangladesh ketika ini ada persamaan dengan kes di Gaza iaitu segala bahan 
bantuan disekat masuk," katanya.
 
Kaum Rohingya merupakan populasi muslim terbesar, sekitar 3.5 juta orang di 
Myanmar yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, salah sebuah negeri di Myanmar 
yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh.
 
Mereka menjadi pelarian di Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia dan negara 
lain sejak lebih 50 tahun dahulu akibat penindasan dan penganiayaan 
pemerintahan Burma dan penganut Buddha ke atas mereka.
 
Kepada mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang 
memerlukan ini boleh berbuat demikian melalui akaun Teras iaitu BIMB 
02020010021351.
 
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27304:pelarian-rohingya-kritikal-perlu-sumbangan-teras-&catid=1:utama&Itemid=50
 

Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar 
di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan 
yang mereka ada?

Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa 
bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian.

Kisah selanjutnya di 
http://waghih.blogspot.com/2009/11/pelarian-islam-tak-layak-dapat-zakat-di.html 
 

Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang 
berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang 
Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa 
situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka 
tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan 
dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara.

Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis 
untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah 
tentu akan merugikan semua pihak.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba 
Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim 
Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982”.


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke