Saudara Norazizi Abdul Aziz selaku Setiausaha PKR Cabang Rembau menyiarkan 
gambar dalam Facebook beliau pada 20 Feb 2012 papantanda yang tertulis CADANGAN 
TAPAK PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN HOSPITAL REMBAU. 
 
Persoalannya :
 
1. Kenapa setelah lebih empat tahun upacara Perletakan Batu Asas ini 
disempurnakan pada 7 Mac 2008 baru tender akan dibuka pada bulan April 2012?
 
2. Jika pada tahun 2008 kos pembinaan Hospital Rembau ini ialah RM 100 juta, 
berapa ratus juta pula kosnya pada tahun 2012 ini?
 
3. Apakah tanah seluas 20 ekar milik PKNS yang akan didirikan Hospital Rembau 
ini masih milik PKNS, milik individu atau milik kerajaan pusat? Jika bukan lagi 
milik PKNS, berapakah kos jualah tanah tersebut dan hasil yang diperolehi oleh 
kerajaan negeri? 
 
4. Selepas proses tender selesai, bilakah proses pembinaan Hospital Rembau ini 
akan bermula dan bilakah dijangka akan siap? 
 
Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
 
REMBAU 7 Mac 2008  - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan 
dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang 
lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan 
di sini hari ini.
 
Hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, 
pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, 
pengimejan dan diagnostik.
 
Di hospital yang akan dibina ini juga akan mempunyai kemudahan antaranya wad 
lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, sakit puan, rehabilitasi dan 
pentadbiran. 
 
Gambar dan sumber berkaitan di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/tender-hospital-rembau-selepas-4-tahun.html

Kirim email ke