Khalid Samad : Najib perlu jawab, buang elemen keagamaan Kristian

SHAH ALAM, 2 Jan 2011 ­ Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak sepatutnya tidak lepas tangan dengan
membiarkan pegawainya menjawab segala persoalan
berhubung isu membuang elemen keagamaan semasa
sambutan Hari Krismas 25 Disember lalu.

Arahan berkenaan juga didakwa melarang berlakunya
upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu
pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu.

Najib hadir ke gereja berkenaan sebagai tetamu
bagi meraikan rumah terbuka yang adakan di
kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur.

Bercakap kepada Selangorkini, Ahli Parlimen Shah
Alam Khalid Samad menegaskan biarpun arahan
sedemikian tidak keluar dari Najib Razak namun
selaku Perdana Menteri perlu mengambil tanggungjawab penuh.

Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat
menggesa Najib memikul tanggungjawab sepenuhnya
dan meminta maaf secara terbuka berhubung sikap
‘tidak senang’ akibat tindakan pembantunya pada acara berkenaan.

Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa
pegawai-pegawai Najib mengarahkan kepimpinan
gereja mengalih salib dan simbol-simbol lain
daripada lokasi majlis itu, yang diadakan di
Bukit Nanas di sini sebelum ketibaan Najib.

“Najib sepatutnya dia mengambil tanggungjawab,
walaupun arahan bukan daripada dirinya sepatutnya
dia menjelaskan sendiri dan mengarahkan
pegawai-pegawai berkenaan untuk meminta maaf
kerana apa yang penting kita sebagai orang Islam
ini adil terhadap penganut agama lain,” katanya.

Tambah Khalid, tindakan Najib Razak berdiam diri
dalam isu ini menggambarkan beliau takut untuk
berhadapan memberi penjelasan kepada rakyat.

“Nampak macam penakutlah dia nak berhadapan dalam
isu ini samalah dulu macam kes pegawai khas yang
mengeluarkan kenyataan yang rasis dan sebagainya,
respon dia (Najib) terlalu dingin sedangkan benda ini penting,” jelasnya.

Justeru,Khalid menegaskan Najib perlu memohon
maaf dan tidak membiarkan pegawai-pegawainya
menjawab persoalan yang dikemukakan pimpinan Pakatan Rakyat.

“Dia kena ambil tanggungjawab, samada pegawai dia
ke, isteri dia ke, atau orang bawahan dia ke, dia
kena bertanggungjawab sebagai Perdana Menteri,
paling kurang pun jika bukan arahan dia, dia
kenalah minta maaf ataupun minta maaf bagi pihak
Jabatan Perdana Menteri,” katanya.



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke