Sebenarnya ramai disekiling kita yang amat susah dan tertekan sekarang ini. 
Mereka yang susah dan tertekan ini tak ada masa nak fikir isu Israel ke, isu 
JATI ke, isu Hudud ke, isu Pilihanraya ke. Mereka fikir macamana nak cari duit 
nak beri makan anak isteri, gaji tak cukup, bil api dan elektrik nak bayar, 
rumah pula 3 bulan tak bayar dapat surat notis lelong dari bank, duit bantuan 
RM500 BR1M yang heboh dalam media belum dapat, ada pula yang tak layak dapat 
walaupun gaji bawah RM3,000. 

Baru-baru ni kenalan saya yang tinggal di kawasan taman perumahan kos rendah di 
Senawang mendapat notis dari bank rumahnya akan dilelong kerana tunggakan 6 
bulan berjumlah hampir RM2,000. Kalau RM10, RM20 bolehlah kita tolong, RM2,000 
payah juga. Bulan lepas pula rumah dia, TNB potong bekalan elektrik, juga kes 
tunggakan bil elektrik. Bulan ni kes rumah nak kena lelong pula.

Kesian tengok dia, kena ambil cuti satu hari, tolak gaji, nak uruskan hal rumah 
nak kena lelong. Ke hulu ke hilir dia di bandar Seremban seharian pergi bank, 
pergi KWSP dan sebagainya. Akhirnya dari RM2,000 sewa dia yang tertangguh 6 
bulan, dia kena bayar pula hampir RM4,000 sebab nak bayar caj pengurusan, duit 
peguam dan macam-macam lagi. (Dalam fikiran saya, lebih kurang macam ALONG 
pula). Sekarang dia tengah tunggu proses pengeluaran KWSP untuk masalah 
rumahnya nak kena lelong.

Kenalan saya tadi kata banyak kes rumah kena lelong dikalangan jiran dan 
kenalannya di Seremban ketika ini. Ada bank tu katanya 3 bulan pun dah dapat 
notis lelong. Saya tengok dia kesian, dia pula tengok jiran dia lagi kesian. 
Sebab ramai jiran dia ni dulu kerja di sebuah kilang yang agar besar dan 
terkenal di Seremban. Tapi kilang tersebut dah berhentikan ramai pekerja. 
Walaupun dapat pampasan namun ianya masih tidak cukup untuk bayar macam-macam 
bil, ansuran, yuran sekolah dan macam-macam lagi.

Saya tanya kenalan saya tadi yang gajinya sekitar RM1000 sebulan, dah dapat 
RM500 BR1M ke belum. Katanya belum lagi, dengan nada menaruh harapan tinggi 
untuk segera dapat RM500 tersebut. 

Rumah kenalan saya ni dia beli 3 tahun sudah harga RM50,000 saja, pun susah nak 
bayar bulan-bulan. Macamana sekarang ni dengan Skim Rumah Pertamaku yang harga 
hampir RM200,000.00? Nak balik kampung, tak ada tanah, nak duduk bandar rumah 
mahal. Ada yang dah beli , tapi terbengkalai pula projek perumahannya. 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Bank lelong rumah peminjam tanpa notis
2012/01/06

KUALA LUMPUR: Beberapa bank tempatan didakwa bersikap kejam terhadap pelanggan 
apabila melelong rumah milik peminjam tanpa sebarang notis selepas mangsa gagal 
melunaskan bayaran bulanan seperti dikehendaki. 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ketika mendedahkan perkara itu 
berkata, mereka menerima aduan berhubung kes seumpama itu hampir setiap minggu, 
terutama membabitkan pembelian rumah kos rendah. 

Penasihat PPIM, Tengku Azwil Tengku Abdul Razak, berkata bank berkenaan juga 
didakwa mendapatkan perintah mahkamah untuk membuat pengisytiharan muflis ke 
atas pelanggan terbabit sekiranya gagal menjelaskan keseluruhan jumlah pinjaman 
yang dibuat. “Apa yang berlaku ialah pelanggan ini membuat pinjaman perumahan 
dengan pihak bank. Ada di antara mereka berdepan dengan kesulitan dan gagal 
menjelaskan beberapa bayaran bulanan. 

“Apabila ini terjadi, mereka diberitahu rumah telah dilelong dan perlu 
menjelaskan jumlah pinjaman atau menghadapi tindakan muflis,” katanya pada di 
sini semalam. 

Tengku Azwil berkata, bank terbabit juga tidak memberi notis pemberitahuan 
kepada pelanggan berhubung kegagalan mereka menjelaskan bayaran bulanan, 
sebaliknya terus melelong rumah mereka. 

Sementara itu, seorang mangsa, Chandramathy Subramaniam, 39, berkata, rumahnya 
di Taman Alam Nyata dekat Kapar, Klang dilelong selepas beliau gagal 
menjelaskan ansuran selama lima bulan berikutan menghadapi sedikit masalah 
kewangan. 

“Saya membeli rumah teres setingkat pada 2002 dengan harga RM100,000 dan perlu 
membayar ansuran bulanan sebanyak RM550 sebulan selama 30 tahun. 

“Bagaimanapun kerana masalah kewangan pada tahun 2005, saya gagal menjelaskan 
ansuran bulanan selama lima bulan dan bermula saat itu, masalah dengan pihak 
bank mula melanda,” katanya. 

http://www.bharian.com.my/articles/Banklelongrumahpeminjamtanpanotis/Article/  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke