Assalamulaikum,

Kepada individu, persatuan, khususnya PIBG yang hendak menggalakkan ahli dan 
orang ramai mendirikan Wakaf Pondok Bacaan yang boleh diberi nama dan 
dihadiahkan atas nama mereka yang kita sayangi yang telah meninggal dunia atau 
sebagai sumbangan bolehlah menggunakan contoh di bawah ini. Harga anggaran 
wakaf sebanyak RM8,000.00 ini ialah untuk kos sekitar Seremban. Harga boleh 
berubah di negeri dan tempat lain mengikut kos setempat.

Kertas kerja , pelan , contoh sebutharga di bawah ini boleh diambil untuk 
disesuaikan dengan mana-mana persatuan serta mana-mana kontraktor yang dilantik 
untuk membina wakaf ini.

Untuk maklum balas sila hubungi saya di [email protected] atau tel 012-2267406 . 

Untuk melihat pelan wakaf tersebut sila ke 
http://puspa-ns.blogspot.com/2012/02/hadiah-wakaf-pondok-untuk-mereka-yang.html 

TAWARAN MENYERTAI PROJEK WAKAF PONDOK BACAAN
“Untuk Mereka Yang Tersayang”

A. PENGENALAN
Menyedari betapa pentingnya untuk mempertingkatkan budaya membaca di kalangan 
para pelajar pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah …………………... 
memperkenalkan Projek Pembinaan Wakaf Pondok Bacaan di sekolah ini. 

B. OBJEKTIF 
1. Memberi kemudahan kepada para pelajar untuk berinteraksi, bertukar pendapat 
serta berbincang secara berkumpulan.
2. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong pelajar lebih 
bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
3. Memberi peluang kepada individu untuk menyumbang dalam pembinaan wakaf 
pondok bacaan ini untuk dihadiahkan kepada arwah yang tersayang.
4. Memberi peluang kepada individu, syarikat atau mana-mana pihak untuk 
menyumbang dalam pembinaan wakaf pondok bacaan ini sebagai tujuan promosi.

C. CIRI-CIRI PONDOK WAKAF
1. Keluasan tapak ialah 10 kaki x 12 kaki. 
2. Lantai, meja dan kerusi konkrit dengan kemasan jubin 
3. 4 Tiang precast jenis roman
4. Atap jenis awning dan steel structure
5. Dilengkapi pelindung kilat/petir
6. Papantanda (WAKAF HJ ALI BIN ALI / SUMBANGAN SYARIKAT ABC / TERATAK HJ ABU 
BIN ABU , PONDOK HAJJAH ANI BINTI ALI dan sebagainya)
7. Kos 1 pondok RM 8,000.00 (RM 70/kaki persegi)

D. PENYERTAAN
1. Terbuka kepada umum
2. Mereka yang tidak berkemampuan untuk menyumbang untuk kos keseluruhan wakaf, 
boleh menyumbang ikut kemampuan kaki persegi (RM 70/ka per). Nama wakaf 
sumbangan berkumpulan akan ditentukan oleh pihak pengurusan sekolah. 
3. Ahli PIBG Sekolah .....................  , bekas ahli PIBG serta bekas 
pelajar Sekolah ............... digalakkan untuk menyertai.

E. BAYARAN
1. Tunai, cek atau bank in
2. Nama Akauan : 
3. No Akaun : 
4. Bank :
5. Nama dan no tel Bendahari :



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke