Apabila kerajaan mengumumkan tiada lagi yuran sekolah untuk sesi 2012 dan yuran 
PIBG perlu dikaji semula dan belum boleh dikutip, yang menjadi mangsa akhirnya 
para guru yang terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk menanggung 
perbelanjaan sampingan pengurusan sekolah seperti fotostat kertas soalan 
peperiksaan dan sebagainya. Begitu juga sekolah yang berlumba-lumba mendapat 
anugerah kecemerlangan, para guru sekali lagi menjadi mangsa datang awal dari 
waktu biasa, balik lewat dari waktu biasa. Apabila para guru tiada lagi 
keikhlasan dan keseronokan dalam bertugas hanya paksaan, akhirnya yang menjadi 
mangsa ialah anak-anak kita.

Guru Dipaksa Derma Untuk Sekolah - NUTP 
Jumaat Februari 24, 2012 

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada 
Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di 
sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.
 
Presidennya, Hashim Adnan berkata, sehubungan itu wakil guru sekolah di 
BatuPahat tersebut telah membuat laporan kepada NUTP Rabu lepas.
 
Pentabir sekolah dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada 50 guruberkenaan 
untuk membuat sumbangan berikutan kenaikan gred mereka ke gred tersebut.
 
"Tujuan kutipan wang tersebut tidak diberikan penjelasan yang lengkap dan 
kaedah pengumpulan itu hanya tertera kepada guru yang memegang jawatan itu," 
katanya pada sidang media di sini Jumaat.
 
Hashim berkata, sebarang kutipan wang dari pihak sekolah, sama ada melibatkan 
guru atau ibu bapa perlu mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Kementerian 
Pelajaran.
 
"Segala urusan pengumpulan wang harus mempunyai persetujuan semua pihak 
terutamanya bagi yang terlibat dan pihak sekolah perlu mengeluarkan keterangan 
lengkap berkenaan kegunaan wang itu," katanya.
 
Hashim turut membangkitkan mengenai aduan daripada guru-guru sebuah sekolah di 
Senai, Johor yang dipaksa hadir di sekolah 15 minit sebelum pukul 7 pagi, 
berbeza dengan peraturan biasa yang guru hanya harus berada di kawasan sekolah 
pada 7.40 pagi atau 7.50 pagi.
 
"Guru-guru ini terpaksa keluar lebih awal dari rumah untuk menghantar anak-anak 
mereka ke sekolah atau di rumah penjaga anak sebelum bergegas untuk ke 
sekolah," katanya.
 
Beliau berkata, ini secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada guru dan 
menganggu keberkesanan pengajaran mereka di bilik darjah. - BERNAMA
 
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/24/mstar_berita/20120224160504&sec=mstar_berita
 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke