Apa guna kita laungkan perjuangan agama, perjuangan bangsa, perjuangan akidah, 
perjuangan rakyat Palestin jika 70 peratus daripada kita abai kebajikan ibu 
bapa. Macamana kita nak memimpin negara, memimpin negeri, bahagian atau 
cawangan jika 70 peratus daripada ahli kita abai kebajikan ibu bapa. Sabda 
Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Redha Allah bergantung pada redha dua ibu 
bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.

70% abai kebajikan ibu bapa
25 Feb 2012 

JOHOR BAHRU: Bukan saja tidak menjenguk ibu bapa di pusat jagaan, malah 
kira-kira 70 peratus ahli keluarga bersikap lepas tangan berkaitan kebajikan 
golongan berkenaan kerana gagal tampil memberi sebarang bentuk sumbangan bagi 
meringankan beban pusat jagaan.

 Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 52, berkata, ia 
mengakibatkan pihak sepertinya terpaksa menggunakan simpanan keluarga selain 
bantuan daripada sumber lain bagi menampung perbelanjaan harian pusat jagaan.

“Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan kini memberi perlindungan kepada 70 warga 
emas termasuk pesakit kronik yang hilang upaya.
 
“Penjagaan yang diberikan kepada mereka mengambil kira tempat tinggal selesa, 
makanan seimbang selain layanan mesra,” katanya, semalam.

 Norijah mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berkaitan sikap lepas 
tangan lima anak seorang warga emas berusia 75 tahun dikenali sebagai Wak.

 Wak pada mulanya keluar rumah sebelum menghuni pondok buruk di hutan di Kluang 
dan diselamatkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 2010.

Pertengahan bulan lalu, lima beradik terbabit datang ke Pusat Jagaan Warga Emas 
Nur Ehsan untuk meminjamnya buat beberapa jam bagi menyelesaikan urusan 
pembahagian harta sebelum dikembalikan semula.

Perkara terbabit menyebabkan Wak tertekan kerana hasratnya bermesra dengan anak 
serta cucu tidak kesampaian.

Menurut Norijah, hanya 18 waris warga emas yang tinggal di pusat jagaan 
berkenaan memberi sumbangan bulanan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/70_abaikebajikanibubapa/Article/index_html
 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke