Pemaju sengaja bina rumah mahal untuk
warga asing
Februari 25, 2012 

"Akibatnya banyak rumah baru yang
dibeli oleh warga sing tersebut," kata PAS.

PETALING JAYA: PAS mendakwa pemaju
sengaja menaikkan harga rumah di wilayah Iskandar Malaysia bagi
membolehkan warga asing terutama Singapura membeli rumah berkenaan.
Zulkifli Ahmad mendakwa, pemaju lebih
berminat membina rumah mahal untuk membolehkan warga asing membeli
rumah berkenaan.
Kerajaan Johor pada awalnya telah
mensyaratkan warga asing boleh membeli rumah pada harga RM350, 000 ke
atas.
Bagaimanapun, kadar itu telah dinaikkan
kepada RM500, 000 berikutan begitu ramai rakyat Singapura yang
membeli rumah di kawasan pembangunan tersebut.
“Tetapi pemaju memfokuskan pembinaan
rumah-rumah mahal yang melebih RM500, 000 untuk memboleh warga asing
membeli rumah mereka.
“Akibatnya banyak rumah baru yang
dibeli oleh warga sing tersebut,” kata beliau.
`Ramai miskin’
Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada
tahun 2005 merupakan mercu tanda baru di Johor membabitkan
daerah-daerah utama negeri itu dan dijangka siap sepenuhnya pada
2005.
Bagaimanapun, pembangunan besar-besaran
itu turut mengakibatkan sebahagian penduduknya kehilangan tempat
tinggal.
Kira-kira 50 penduduk Taman Desa Paya
Mengkuang di Nusajaya bakal kehilangan rumah  kerana  telah mendapat
perintah mahkamah untuk mengusir mereka kerana tidak membayar sewa
rumah.
“Pemaju yang mengambil tanah asal dan
menjanjikan rumah baru percuma di Paya Mengkuang tetapi penduduk
diminta bayar sewa.
“Sepatutnya  rumah itu percuma kerana
tanah mereka diambil oleh pemaju,” kata beliau.
Zulkifli menambah, pihaknya sedang
berusaha membantu penduduk yang teraniaya itu.
“Ramai juga orang miskin di sini 
(Iskandar Malaysia),” tambahnya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/25/pemaju-sengaja-bina-rumah-mahal-untuk-warga-asing/
 

Kirim email ke