Agaknya hanya di Malaysia berlaku kes sebegini dimana hutang jutawan dan tokoh korporat bernilai jutaan ringgit dilupuskan. Sedangkan hutang rakyat yang hanya beberapa ribu ringgit sahaja untuk membeli satu-satunya rumah tempat berlindung dituntut sampai ke lubang cacing, jika tidak rumah akan dilelong atau mereka akan dimufliskan. SIAPA YANG AKAN BAYAR HUTANG RM580 JUTA TAJUDIN RAMLI? KUALA LUMPUR, 25 FEB 2012 : Adakah penyelesaian di luar mahkamah berhubung hutang tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli bernilai RM580 juta yang tidak perlu dibayarnya bererti semua rakyat Malaysia harus menanggung hutang itu? “Beliau perlu menjelaskan kepada kita sama ada Mahathir atau Tajudin yang berbohong, dan sama ada Tajudin akan dikenakan dakwaan jenayah di mahkamah jika terbukti beliau berbohong dalam afidavitnya,” ujar beliau. – Roketkini.com http://roketkini.com/2012/02/25/siapa-yang-akan-bayar-hutang-rm580-juta-tajudin-ramli/ BANK LELONG RUMAH PEMINJAM TANPA NOTIS 2012/01/06 KUALA LUMPUR: Beberapa bank tempatan didakwa bersikap kejam terhadap pelanggan apabila melelong rumah milik peminjam tanpa sebarang notis selepas mangsa gagal melunaskan bayaran bulanan seperti dikehendaki. Tengku Azwil berkata, bank terbabit juga tidak memberi notis pemberitahuan kepada pelanggan berhubung kegagalan mereka menjelaskan bayaran bulanan, sebaliknya terus melelong rumah mereka. http://www.bharian.com.my/articles/Banklelongrumahpeminjamtanpanotis/Article/ PEMBELI TERANIAYA MINTA SPRM SEGERA SIASAT PEMAJU PUTRAJAYA 25 Jan. 2012 - Tidak mampu lagi menahan sabar dengan sikap lepas tangan pemaju dan 'tekanan' pihak bank, kira-kira 100 pembeli unit kediaman di lima projek pangsapuri di Pulau Indah, Klang hari ini membuat laporan kes projek rumah terbengkalai itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini. Seorang lagi pembeli, Othman Ibrahim, 39, memberitahu, dia dan isterinya menghadapi risiko diisytiharkan muflis apabila sudah tidak mampu membayar hutang perumahan itu yang agak tinggi. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_04.htm UNTUNG MAYBANK RM3.56 BILION 24 Feb 2012 KUALA LUMPUR – Maybank mengumumkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 20 peratus kepada RM2.58 bilion bagi tempoh enam bulan perniagaan berakhir 31 Disember 2011. Dalam tempoh yang sama, kumpulan perbankan tersebut turut mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak 20.1 peratus kepada RM3.56 bilion sehubungan peralihan tahun kewangan berakhir Maybank dari 30 Jun kepada 31 Disember. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm TAJUDIN SELESAI KES HUTANG RM589 JUTA LUAR MAHKAMAH 14 Februari 2012 PUTRAJAYA - Bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd mencapai penyelesaian luar mahkamah berkaitan satu saman yang difailkan enam tahun lepas membabitkan hutang RM589 juta tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS. Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang yang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS. http://www.sinarharian.com.my/semasa/tajudin-selesai-kes-hutang-rm589-juta-luar-mahkamah-1.23979 TAJUDIN TARIK BALIK RAYUAN PUTRAJAYA 14 Feb. 2012 - Pertikaian saman yang berlarutan di antara bekas Pengerusi Eksekutif MAS, Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. (Danaharta) dan dua anak syarikatnya tiba di penghujung apabila tokoh korporat itu menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini. Mahkamah mengarahkan beliau membayar RM589.14 juta setakat 31 Disember 2005 kepada Danaharta, serta faedah pada kadar dua peratus lebih tinggi daripada kadar pinjaman asas (BLR) Malayan Banking Bhd. hingga tarikh penyelesaian pembayaran. Kes itu berbangkit selepas Tajudin melaksanakan perjanjian kemudahan pada 13 Julai 1994 untuk meminjam RM1.792 bilion daripada sekumpulan peminjam bersindiket untuk membiayai pembelian 32 peratus pegangan dalam MAS. Bagaimanapun, dari 1994 hingga 1998, beliau gagal membayar pinjaman asal menyebabkan ia menjadi pinjaman tidak berbayar (NPL). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0215&pub=utusan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm&arc=hive

