Negeri Sembilan terkenal dengan keunikan Adat Perpatih dan sistem pemerintahannya yang mempunyai sejarah dari Minangkabau.
Setiap nama tempat di Negeri Sembilan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Raja Melewar telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1773 di satu tempat di Rembau. Tempat tersebut ketika ini ejaannya ialah Penajis yang sedikit sebanyak memberi gambaran yang berlainan akan maksud asal tempat tersebut. Pada awaknya, ejaan asal Penajis ialah Penajeh. Kenapa dan bila ianya ditukar ke Penajis, tidak diketahui. Penajeh pula berasal dari perkataan Tajeh. Dalam bahasa Sanskrit Tajeh bermaksud mahkota. Oleh itu Penajeh bermaksud dimahkotakan atau ditabalkan. Adakah pihak yang bertanggungjawab serta yang ada kuasa akan mengambil inisiatif memperbetulkan ejaan Penajis ke Penajeh kerana dua perkataan ini memberi erti yang jauh berbeza. Satu memberi maksud martabat serta penghormatan yang tinggi, satu lagi ….. Boleh lihat sendiri papantanda Penajis atas Astana Raja di http://waghih.blogspot.com/2012/02/kisah-kg-penajis-di-negeri-sembilan.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

