Laporan dari laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan 
terdapat 235 Projek Perumahan Sakit sehingga 31 Disember 2011. Satu daripada 
projek tersebut ialah Taman Desa Indah terletak di Lubok China, dalam DUN Kota 
dan kawasan Parlimen Rembau. Projek ini bermula sejak tahun 2003. Pembeli 95 
unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di 
Desa Indah ini terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah, ada yang kerja 
kilang ada yang kerja kampung.
 
Ada yang sudah bayar deposit beribu ringgit, ada yang dah keluarkan simpanan 
KWSP. Kini setelah 9 tahun, rumah hanya siap 10 peratus. Dalam pada masa yang 
sama, walaupun rumah hanya 10 peratus siap, mereka perlu membayar cukai tanah 
dan sewa rumah sementara menunggu rumah tersebut siap entah bila.
 
Alangkah baik kalau mereka yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai 
ini dilayan seperti Tan Sri Tajudin Ramli.
 
SIAPA YANG AKAN BAYAR HUTANG RM580 JUTA TAJUDIN RAMLI?
KUALA LUMPUR, 25 FEB 2012 : Adakah penyelesaian di luar mahkamah berhubung 
hutang tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli bernilai RM580 juta yang tidak 
perlu dibayarnya bererti semua rakyat Malaysia harus menanggung hutang itu? 
 
UNTUNG MAYBANK RM3.56 BILION
24 Feb 2012
KUALA LUMPUR – Maybank mengumumkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan 
kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 20 peratus kepada RM2.58 bilion bagi 
tempoh enam bulan perniagaan berakhir 31 Disember 2011. Dalam tempoh yang sama, 
kumpulan perbankan tersebut turut mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebelum 
cukai sebanyak 20.1 peratus kepada RM3.56 bilion sehubungan peralihan tahun 
kewangan berakhir Maybank dari 30 Jun kepada 31 Disember.
 
BANK LELONG RUMAH PEMINJAM TANPA NOTIS
2012/01/06
KUALA LUMPUR: Beberapa bank tempatan didakwa bersikap kejam terhadap pelanggan 
apabila melelong rumah milik peminjam tanpa sebarang notis selepas mangsa gagal 
melunaskan bayaran bulanan seperti dikehendaki.
 
PEMBELI TERANIAYA MINTA SPRM SEGERA SIASAT PEMAJU
PUTRAJAYA 25 Jan. 2012 - Tidak mampu lagi menahan sabar dengan sikap lepas 
tangan pemaju dan 'tekanan' pihak bank, kira-kira 100 pembeli unit kediaman di 
lima projek pangsapuri di Pulau Indah, Klang hari ini membuat laporan kes 
projek rumah terbengkalai itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
(SPRM) di sini.
 
SPNB TAK LAGI PULIH PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Feb 5, 2012
Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan 
projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk 
Kamarul Rashdan Salleh.
 
Sumber : 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/235-projek-perumahan-sakit-sehingga-31.html
 

Kirim email ke