Sekarang ini di media heboh mengatakan ibu bapa ditinggalkan anak-anak, anak 
derhaka, tak mengenang budi dan sebagainya. Ayah saya telah meninggal dunia 
pada Julai 2011. Kini kami sekeluarga menjaga ibu yang berusia 71 tahun yang 
semakin tua dan tidak berapa sihat. Kami adik beradik cuba berbagai usaha untuk 
mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia untuk menjaga ibu apabila kami tiada 
di rumah sewaktu bekerja. 

Maklumlah cikgu pula sekarang ni kerja bertambah, sebelum habis subuh dah 
keluar rumah, dah nak maghrib baru sampai rumah. Malam pula pun kadang-kadang 
guru besar suruh pergi sekolah tengok pelajar asrama untuk membantu warden. 
Sabtu dan Ahad pun ada program sekolah. Cuti sekolah pun ada program sekolah.

Jadi dengan adanya pembantu rumah ni , dapatlah tengok ibu apabila kami tiada 
di rumah. Rakan saya ada menguruskan pembantu rumah dari Indonesia. Saya minta 
tolong dia, dah siap bayar deposit. 

Tapi dia kata sekarang ni orang Indonesia dah takut nak datang Malaysia. 
Akhirnya dia pulangkan deposit tersebut. 

Kepada pemimpin negara, Lu Fikirlah Sendiri ! 

Maaf saya terpaksa berkasar, kerana ini melibatkan ibu saya sendiri.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
08 Rabi'u al-Akhir bersamaan 01 Mac 2012

Syarikat Agensi Pembatu Rumah Malaysia Tersepit

Pemuda PAS ingin memberi maklumbalas berhubung dengan kenyataan Ketua Pengarah 
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia(JTKSM) Datuk Sheikh Yahya Bin Sheikh 
Mohamed dalam akhbar Berita Harian pada 28/02/2012 yang menyatakan bahawa usaha 
membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia ke negara ini tertangguh sehingga 
April depan kerana majikan tempatan perlu mengemukakan profil peribadi pembantu 
rumah bersama tawaran gaji untuk diteliti oleh warga Indonesia yang berminat 
datang ke Malaysia.

Pemuda PAS menerima aduan daripada Syarikat Agensi (SA) pembantu rumah di 
Negeri Johor dan Kedah yang menyatakan bahawa mereka menghadapi kesulitan untuk 
meneruskan perniagaan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh kementerian 
tidak praktikel dan membebankan. Kerajaan Malaysia telah menetapkan bayaran kos 
pengambilan Pembantu Rumah Indonesia(PRI)yang dikenakan kepada majikan adalah 
tidak melebihi RM4,511.00. Jumlah ini adalah pecahan daripada  RM1,800 kos 
untuk mendapatkan PRI di Indonesia dan RM2,711 keuntungan SA sebelum di tolak 
perbelanjaan( levi, Fomema -Pemeriksaan perubatan dan lain-lain)

Kerajaan Malaysia telah memaksa semua SA menandatangi Surat Akujanji pada 8 
Disember 2011 yang telah memaksa semua mematuhinya. Dalam akujanji ini telah 
ditetapkan 4 perkara iaitu :

~ Kos pengambilan PRI adalah tidak melebihi RM4,511.
~ Pengantian atau ganti rugi kepada majikan bagi PRI yang lari, tidak kompeten 
atau unfit seperti yang telah ditetapkan dibawah Protokol Pindaan MoU 2006.
~ Memastikan bahawa majikan membuka akaun bank atas nama pekerja dan
~ Mematuhi semua syarat/peraturan/arahan semasa yang dikuatkuasakan oleh 
Jabatan Imigresen Malaysia(JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja(JTK) berhubung 
pengambilan PRI.

Jika SA gagal melaksanakan peraturan di atas maka tindakan menarik balik  lesen 
akan di lakukan.

Kerajaan Malaysia telah menetapkan kos untuk mendapatkan PRI sebanyak RM 1,800 
sahaja dan keuntungan SI sebelum tolak perbelanjaan sebanyak RM2,711. Jumlah 
ini adalah tidak praktikel dan membebankan SI atas sebab-sebab berikut :

Kos untuk mendapatkan PRI daripada agen menyediakan PRI di Indonesia adalah 
diantara RM6,000 – RM7,000. Sedangkan Kerajaan Malaysia hanya menetapkan 
sebanyak RM1,800. Nilai ini terlalu rendah sehingga menyebabkan SA di Malaysia 
tidak mampu bersaing dengan SA di negara-negara luar seperti  Singapura, Arab 
Saudi, Hong Kong, Taiwan dan lain-lain. Akhirnya SA Malaysia terpaksa menutup 
operasinya kerana kerugian.

Kos RM1,800 adalah termasuk tiket kapal terbang, passport, petrol, latihan 200 
jam dan komisyen kepada agen di Indonesia. Nilai RM1,800 adalah terlalu rendah. 
Sukar untuk mencari agensi di Indonesia yang bersetuju menyediakan PRI dengan 
nilai serendah itu.

Risiko PRI di Malaysia untuk melarikan diri adalah tinggi sebab jarak Malaysia 
dan Indonesia yang dekat. Oleh itu SA perlu menyerap kemungkinan risiko ini 
dalam perbelanjaan. Oleh itu keuntungan sebelum ditolak perbelanjaan sebanyak 
RM 2,711 adalah terlalu kecil.

Nama Malaysia dalam bidang pembatu rumah juga agak kurang baik di Indonesia 
sebab masalah penderaan yang berlaku. Persepsi ini menambah sukar SA mencari 
PRI yang sesuai. PRI lebih bersedia untuk berkhidmat di negara bukan Malaysia.

Kerajaan pula dilihat seolah-olah lepas tangan. Setelah menetapkan harga 
RM1,800 kerajaan tidak langsung membantu menyediakan PRI. Justru SA tidak mampu 
mendapatkan PRI yang diperlukan.

Persoalannya bagaimana SA boleh menyediakan profil peribadi beserta tawaran 
gaji pembantu rumah Indonesia sedangkan mereka tidak berminat dengan tawaran 
yang telah dipandu oleh kerajaan Malaysia?  Apabila tiada pembantu rumah 
Indonesia yang berminat bekerja di Malaysia maka yang menjadi mangsa adalah SA 
dan rakyat Malaysia yang memerlukan pembantu rumah.

Kerajaan Kemboja pula telah membekukan pembantu rumahnya ke Malaysia dengan 
serta-merta kerana mendapat aduan dari NGO tenaganita di Malaysia dan 
Pembangkang Sam Rainsy Party di Kemboja. Ini telah menimbul masalah pada SA 
Malaysia yang telah mengutip wang deposit dari majikan di Malaysia dan telah 
membayar kepada Agensi di Kemboja. Bermula daripada 14hb Oktober 2011 hingga 
kini, Kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang tindakkan menyelesaikan isu 
ini. 

Jika isu ini berlanjutan maka wang deposit Agensi Malaysia semakin sukar untuk 
dituntut balik dari Agensi di Kemboja. SA Malaysia juga bakal menghadapi 
tindakan mahkamah daripada majikan yang telah membuat bayaran kepada SA 
Malaysia. Ini menyebabkan SA di Malaysia dalam keadaan kewangan yang tenat. 
Berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai terdapat sebanyak RM20 juta 
transaksi pembantu rumah Kemboja telah dilakukan oleh SA Malaysia tetapi 
malangnya pembantu rumah Kemboja belum sampai lagi di Malaysia. Ini telah 
menambah beban kepada SA di Malaysia.

Pemuda PAS amat bimbang, dalam keadaan SA tersepit ini maka jalan manipulasi 
akan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggunjawab bagi mempastikan 
perniagaan tetap diteruskan. SA terpaksa membayar kos operasi perniagaan setiap 
bulan sedangkan perniagaan tidak dapat diteruskan. Mereka yang tidak 
bertanggungjawab mungkin akan membuat penipuan resit kepada pihak kerajaan. 
Dalam resit tersebut dinyatakan bayaran kos pengambilan PRI yang dikenakan 
kepada majikan adalah RM4,511.00 tetapi hakikatnya bayaran itu lebih daripada 
yang dinyatakan.

Oleh itu Pemuda PAS berpandangan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja 
Semenanjung Malaysia(JTKSM) Datuk Sheikh Yahya Bin Sheikh Mohamed tidak 
mendapat maklumat yang jelas daripada semua SA diseluruh negara. Pihak JTKSM 
perlu memndapatkan pandangan daripada semua SA dan bukan hanya daripada 
Persatuan Agensi Pekerja Asing(PAPA) sahaja. Ini kerana aduan yang diterima 
oleh Pemuda PAS berbeza daripada apa yang dimaklumkan oleh pihak JTKSM dalam 
media.

Pemuda PAS Pusat mencadangkan beberapa perkara mengatasi masalah yang dihadapi 
oleh SA. Cadangan-cadangan adalah seperti berikut :

JTKSM perlu berjumpa secara terus dengan semua SA dalam waktu terdekat. 
Kebebasan perlu diberikan kepada mereka untuk memberi pandangan berkenaan 
masalah yang mereka hadapi.

Jika kerajaan mahu menetapkan kos mendapatkan PRI hanya sebanyak RM1,800 maka 
kerajaan perlu menyediakan satu agensi khas untuk mendapatkan secara terus PRI 
daripada Indonesia. SA di Malaysia hanya akan mengambil PRI yang telah 
disediakan oleh pihak kerajaan. 

Jika kerajaan tidak mampu menyediakan satu agensi untuk menyedaikan PRI di 
negara ini dengan kos yang ditetapkannya maka kerajaan perlu membuka semula 
penetapan kos pengambilan Pembantu Rumah Indonesia(PRI) sebanyak RM4,511 kepada 
pasaran bebas. Ini bermaksud  kos pengambilan PRI ditentukan oleh demand and 
supply. Pihak kerajaan perlu mencari mekanisma bagi mengurangkan beban rakyat 
yang memerlukan pembantu rumah tetapi tidak mampu membayar kos yang tinggi.

Menyelesaikan masalah Isu Pembantu Rumah Kemboja dengan kadar segera.
 
SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA  PEMUDA  PAS  JOHOR
EXCO  PEMUDA  PAS MALAYSIA
H/P : 019-7285174



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke