Sebelum ini saya enggan mengulas isu kilang Lynas atas dua faktor. Pertama 
sebab dah ramai yang mengulasnya, baik yang pro atau kontra, sokong atau 
bantah. Kedua sebab saya rasa amat terkilan kerana masalah berkaitan isu 
pencemaran alam sekitar di N.Sembilan tidak mendapat perhatian banyak pihak, 
baik Pakatan Rakyat apatah lagi BN seperti pembinaan kilang Coca Cola terbesar 
di rantau ini, tempat pemprosesan sisa toksik negara dan insinerator pusat 
toksik di Bukit Nenas, tidak jauh dari Seremban. Tapi bila PM kata sisa Lynas 
dibuang jauh, kenyataan ini amat-amat menggusarkan saya.

Adakah maksud jauh itu ke Bukit Nenas, Negeri Sembilan atau jauh ke hutan 
pendalaman atau jauh ke dalam laut?

Apa-apa industri pun di dunia ini ada risiko pencemaran dan sisa buangan 
berbahaya. Masalahnya di Malaysia ini ialah penyenggaraan, pemantauan dan 
penguatkkuasaan. Paling mudah tengok saja lori sampah yang setiap minggu datang 
depan rumah kita ambil sampah. Berapa banyak air sampah yang mengalir sepanjang 
jalan. Setiap kali lori sampah ini lalu, rutin saya ialah membasuh jalan depan 
rumah kerana tidak tahan bau dan amat toksik dan berbahaya.

Itu baru lori sampah. Bagaimana lori yang akan bawa sisa toksik ini, lori jenis 
macamana, jalan mana yang dibenarkan lori ini lalu, apa prosedur yang perlu 
dipatuhi oleh pemandu lori ini. Kenyataan PM kata akan buang jauh jelas 
menunjukkan tiada perancangan yang rapi untuk membuang sisa toksik Lynas ini.

Dan kenyataan PM ini dibuat kerana mendengar keluhan rakyat walaupun pakar 
saintis dah mengatakan sisa ini selamat dibuang ditempat asal. Ini bermakna PM 
lebih dengar cakar rakyat yang bukan pakar dan bukan saintis.

Jika jauh ke hutan pendalaman, adakah hutan pendalaman itu akan dibuat satu 
pusat pemprosesan sisa toksik seperti di Bukit Nenas? Kerana ini adalah lebih 
bahaya, di hutan pendalaman ialah sumber air untuk semua rakyat , termasuk 
warga kota.

Kepada mereka yang tak tahu mengenai isu pembinaan kilang Coca Cola terbesar di 
rantau ini , di Negeri Sembilan, sila baca sampai habis artikel ini.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Sisa Lynas dibuang jauh - PM
 
KOTA BHARU 2 Mac 2012  - Kerajaan meminta Lynas Malaysia Sdn. Bhd. memindahkan 
sisa atau buangan industri yang dihasilkan daripada perusahaannya ke lokasi 
yang jauh dari penempatan penduduk. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 
berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan prihatin dengan kebimbangan 
penduduk berdekatan walaupun saintis dan pakar tempatan serta antarabangsa 
mengesahkan operasi syarikat itu dan buangan industri yang dihasilkan adalah 
selamat. 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
 

ISU PEMBINAAN KILANG COCA COLA YANG TERBESAR DI RANTAU INI DI BANDAR ENSTEK, 
NILAI, N.SEMBILAN ADALAH ISU BESAR.

Isu kilang Coca Cola ini bukan berkaitan isu Palestin dan Israel semata-mata. 
Ianya ada isu rakyat keseluruhan, isu kesihatan, isu alam sekitar, isu hak 
asasi manusia, isu pekerja.

Ianya berkaitan isu masalah sumber air yang akan terjejas, pencemaran sisa 
buangan kilang, penyakit kencing manis, kegemukan dan sebagainya.

Kenapa begitu mudah diluluskan pembinaan kilang ini tanpa Laporan Kesan Alam 
Sekitar (EIA), sedangkan Coca Cola merahsiakan laporan EIA terhadap kilang 
mereka di India ? Kenapa ?

1.5 juta liter air sehari digunakan untuk kilang Coca Cola di India. Rakyat 
Malaysia khususnya di Negeri Sembilan bersedia untuk menghadapi catuan air yang 
lebih teruk ?

Gula yang digunakan untuk membuat air Coca Cola ini bukan gula tebu tetapi gula 
dari jagung iaitu High Fructose Corn Syrup yang lebih memudaratkan kesihatan. 
Adakah Coca Cola akan menggunakan gula tebu di Malaysia, kalau ya, adakah Coca 
Cola membeli gula tersebut pada harga subsidi ? Dan adakah ianya akan dijadikan 
alasan untuk menaikkan lagi harga gula di pasaran ?

Kenapa syarikat dibawah Tabung Haji begitu mudah menjual tanah milik mereka 
kepada syarikat yang banyak menyumbang untuk pembangunan Israel ? Mana maruah 
Tabung Haji dan umat Islam di Malaysia ? Berapa ekar yang dijual kepada Coca 
Cola ? 30 ekar, 60 ekar, 100 ekar ?

Isu Coca Cola bukan isu umat Islam, ianya isu rakyat 1Malaysia.

Adakah kita bersedia menghadapi pelbagai masalah yang timbul apabila kilang 
Coca Cola ini mula beroperasi ?

Atau kita sudah seronok mendengar pelaburan RM 1 Billion Coca Cola di Malaysia 
? Orang Melayu boleh berniaga warung pisang goreng di luar kilang Coca Cola, 
itupun kalau gerai tak dirobohkan kerana mungkin tiada permit.

Dapatkan fakta-fakta Coca Cola selanjutnya di 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/kilang-coca-cola-rakyat-perlu-bangkit.html 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke