Assalamualaikum, kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiahkan wakaf pondok 
bacaan untuk kegunaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra 
Maamor, Seremban atas nama arwah ibu bapa atau orang lain yang tersayang 
bolehlah sertainya seperti maklumat di bawah ini.

TAWARAN MENYERTAI PROJEK WAKAF PONDOK BACAAN
“Untuk Mereka Yang Tersayang”

A. PENGENALAN
Menyedari betapa pentingnya untuk mempertingkatkan budaya membaca di kalangan 
para pelajar pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Agama Dato' 
Klana Petra Maamor (PIBG SMADKPM) memperkenalkan Projek Pembinaan Wakaf Pondok 
Bacaan di sekolah ini.

B. OBJEKTIF 
1. Memberi kemudahan kepada para pelajar untuk berinteraksi, bertukar pendapat 
serta berbincang secara berkumpulan.
2. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong pelajar lebih 
bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
3. Memberi peluang kepada individu untuk menyumbang dalam pembinaan wakaf 
pondok bacaan ini untuk dihadiahkan kepada arwah yang tersayang.
4. Memberi peluang kepada individu, syarikat atau mana-mana pihak untuk 
menyumbang dalam pembinaan wakaf pondok bacaan ini sebagai tujuan promosi.

C. CIRI-CIRI PONDOK WAKAF
1. Keluasan tapak ialah 10 kaki x 12 kaki. 
2. Lantai dan bangku (4 sisi) kemasan jubin 
3. Tiang jenis roman
4. Atap jenis awning
5. Dilengkapi pelindung kilat/petir
6. Papantanda (WAKAF HJ ALI BIN ALI / SUMBANGAN SYARIKAT ABC / TERATAK HJ ABU 
BIN ABU , PONDOK HAJJAH ANI BINTI ALI dan sebagainya)
7. Kos 1 pondok RM 8,000.00 (RM70/kaki persegi)

D. PENYERTAAN
1. Terbuka kepada umum
2. Mereka yang tidak berkemampuan untuk menyumbang untuk kos keseluruhan wakaf, 
boleh menyumbang ikut kemampuan kaki persegi (RM70/ka pe). Nama wakaf sumbangan 
berkumpulan akan ditentukan oleh pihak pengurusan sekolah. 
3. Ahli PIBG SMADKPM , bekas ahli PIBG serta bekas pelajar SMADKPM digalakkan 
untuk menyertai.

E. BAYARAN
1. Tunai, cek atau bank in
2. Nama Akaun : PIBG SMA DATO' KLANA PETRA MAAMOR
3. No Akaun : 05012010009585
4. Bank : BIMB
5. Nama dan no tel untuk dihubungi : Rozmal 012-2267406 [email protected] YDP 
PIBG SMADKPM
6. Bayaran : __ RM 8,000 (1 wakaf) ; RM ___  ( ___ kaki per) ; RM ___ Sumbangan


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke