CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat
~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau
Serta Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)
 
FAKTA MENARIK DI DUN PAROI :
 
1. Wakil Rakyat DUN Paroi adalah merupakan wakil rakyat sulung dan tunggal dari 
PAS di Negeri Sembilan yang dilantik melalui Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 
iaitu YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang pada ketika itu menjawat jawatan 
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang kini merupakan Pesuruhjaya PAS 
N.Sembilan, AJK PAS Pusat dan juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau.
 
2. Sebaik sahaja selepas PRU 12, Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan 
bahawa DUN Paroi adalah merupakan DUN angkat kepada YAB. Dato’ Seri Utama Hj. 
Mohamad Hj.Hasan.
 
3. Selepas PRU 12 juga, Umno/BN telah menubuhkan 3 Pusat Khidmat Masyarakat 
dalam DUN Paroi, Ini bermakna rakyat di DUN Paroi boleh mendapatkan 
perkhidmatan di 4 Pusat Khidmat Masyarakat, 1 yang diuruskan oleh PAS dan 3 
oleh Umno/BN. 
 
4. DUN Paroi merupakan satu-satunya DUN di Negeri Sembilan dan kemungkinan di 
Malaysia yang ada 4 Pusat Khidmat Masyarakat. 
 
5. Apabila DUN Paroi menjadi DUN angkat Menteri Besar, banyaklah aktiviti 
kerajaan negeri serta Umno/BN dijalankan di DUN ini, sehinggakan dalam tempoh 
seminggu diadakan 3 Majlis Sambutan Hari Raya besar-besaran di DUN Paroi iaitu 
pada 20 Sep 2011 di Taman Satria, 21 Sep 2011 di Taman Marida dan 27 Sep 2011 
di Taman Tasik Jaya.
 
FAKTA SEJARAH DUN PAROI :
 
1. DUN Paroi bersama kawasan Parlimen Rembau hanya wujud sejak Pilihanraya Umum 
ke 11 tahun 2004 selepas persempadanan semula.
 
2. Paroi telah dibuka oleh anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang 
pertama Raja Melewar, iaitu Raja Totok di mana beliau telah dikahwinkan dengan 
anak Undang Sg. Ujong. Raja Melewar ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar 
Negeri Sembilan yang pertama dan mangkat di DUN Kota, iaitu di tempat bernama 
Penajeh.
 
3. Pertempuran hebat semasa peristiwa Perang Bukit Putus pada Disember 1875 
berlaku di Paroi, dimana pasukan askar British diketuai Hinxman sampai di Paroi 
dan mula menyerang kubu pertahanan Yamtuan Antah. Pertempuran hebat 
menggegarkan bumi Paroi pada hari itu.
 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/03/apa-yang-menarik-di-dun-paroi-11-mac.html
 

Kirim email ke