KUALA LUMPUR, 9 Mac 2012 - Persatuan pembeli rumah melabelkan skim Rumah 
Pertamaku sebagai dasar "tidak bijak" selepas dilaporkan pada minggu ini ia 
bukan permohonan pinjaman tunggal yang diluluskan di bawah Putrajaya untuk 
pemilikan rumah pekerja berpendapatan rendah.
 
Skim yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu berdepan dengan masalah 
kerana bank-bank enggan memberi 100 peratus pembiayaan hartanah mencecah 
RM400,000 kepada pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
 
Setiausaha Kehormat bagi Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim 
Loong memberitahu The Malaysian Insider penyediaan pembiayaan pinjaman 
RM400,000 di bawah skim itu untuk "perumahan mampu" adalah "tidak munasabah dan 
seseorang perlu memberitahu perdana menteri tentang fakta yang salah."
 
"Ia jelas perdana menteri kita tidak bijak dengan kepentingan diri kerana 
menyediakan harga setinggi RM400,000 untuk pekerja berpendapatan bawah 
RM3,000," katanya.
 
Beliau berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dengan bank dan mendapati 
kebanyakan pemohon merupakan individu yang disenarai hitamkan atau tidak 
mempunyai bukti pendapatan sahih.
 
"Maklum balas mengatakan jika rakyat tidak mampu membelinya, maka jangan beli. 
Bagaimana anda boleh mengambil pinjaman 100 peratus pinjaman seperti itu tanpa 
komitmen?" katanya.
 
Chang berkata bagi 20-tahun pinjaman untuk RM400,000 mengikut standard industri 
dua peratus di bawah kadar pemberian pinjaman asas memerlukan satu ansuran 
bulanan RM2,552 atau 85 peratus daripada RM3,000.
 
Beliau menambah untuk 30-tahun perjanjian memerlukan bayaran ansuran bulanan 
sebanyak RM2,051 atau 68 peratus daripada RM3,000.
 
Laman web skim itu juga mengatakan untuk layak menyertai program itu, 
pembayaran balik tidak boleh melebihi 55 peratus daripada pendapatan kasar 
pemohon.
 
"Ia tidak mengejutkan terdapat kelulusan sifar kerana peminjam-peminjam mampu 
hidup melebihi kemampuan mereka."
 
Beliau berkata berdasarkan garis panduan Bank Negara pembayaran balik pinjaman 
tidak boleh melebihi satu pertiga pendapatan, pinjaman bagi skim itu sepatutnya 
di antara RM150,000 hingga 180,000.
 
Perdana menteri mengumumkan pada Oktober lalu ketika membentangkan Belanjawan 
2012 bahawa pinjaman permulaan skim itu akan dinaikkan sehingga RM400,000 
sebagai harga hartanah.
 
Kerajaan terlebih dahulu berkata agensi pembiayaan dan gadai janji milik 
kerajaan negeri akan menyediakan deposit 10 peratus bagi membeli rumah.
 
Chang mencadangkan jika kerajaan serius tentang kemampuan perumahan, ia 
sepatutnya "memasuki satu usaha sama dengan pemaju bukan kroni" yang mahu harga 
mencecah RM400,000.
 
Beliau berkata kerajaan sepatutnya menghapuskan kos tanah dengan "menyediakan 
lokasi strategik" seperti tanah di Sungai Besi dan  Institut Penyelidikan Getah 
di Sungai Buloh.
 
"Daripada mahu lot tanah ini menjadi 'nilai tinggi,' cuba dapatkan perumahan 
mampu milik," katanya.
 
Chang menambah pemohon yang berkelayakan mesti menetap di rumah yang dibeli 
sekurang-kurangnya 10 tahun dan hanya dibenarkan menjual balik kepada kerajaan 
jadi ia boleh diberikan semula kepada "generasi pembeli berikutnya yang 
memerlukan perumahan mampu milik."
 
Harga hartanah di kawasan bandar seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur 
meningkat sehingga 40 peratus pada 2010 dengan kadar faedah yang rendah dan 
pertambahan dalam pembelian spekulatif, walaupun harga meningkat lebih perlahan 
tahun lepas kerana langkah-langkah mengawal kelembapan sentimen seperti satu 
kenaikan cukai keuntungan harta.
 
Beberapa laporan juga menganggarkan harga hartanah akan meningkat dari 5.9 kali 
pendapatan pada 1989 kepada 10.9 kali pada 2010.
 
Kajian Demografi Rumah Mampu Milik Global menyifatkan harga pasaran, iaitu 
harga hartanah berada di 5.1 kali pendapatan kelas pertengahan atau lebih, 
sebagai "tidak mempunyai kemampuan."
 
HBA tahun lalu mengingatkan anak muda akan berdepan risiko dihalang memasuki 
pasaran hartanah disebabkan harga rumah yang terlalu tinggi.
 
Sumber : 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-skim-rumah-pertamaku-najib-tidak-munasabah-kata-kumpulan-pembeli-rumah/
 

Kirim email ke