Surau Kampong Bukit Bintongan 71300 Rembau Negeri Sembilan Darul Khusus 6 Mac 2012
Assalamualaikum Y.Bhg. Saudara dan Saudari, Tuan dan Puan RAYUAN DERMA PERIBADI UNTUK MEMBIAYAI PROJEK MEMBAIK PULIH TANDAS DAN BILIK AIR LELAKI SURAU DAN MEMBAIK PULIH PAGAR KUBUR KG BUKIT BINTONGAN REMBAU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Surau Kg Bukit Bintongan telah merancang untuk melaksanakan projek baik pulih tandas dan bilik air Surau dan juga pagar kubur yang roboh di alamat yg tersebut diatas. Kami bagi pihak AJK Pentadbiran Surau Kg Bukit Bintongan, ingin merayu kepada para muslimin dan muslimat agar dapat memberi sumbangan derma peribadi , zakat serta apa jua bentuk sokongan bagi membiayai dan menjayakan baik pulih tandas dan bilik air surau Kg Bukit Bintongan Rembau Negeri Sembilan ini. Projek baik pulih tandas dan bilik air surau dan pagar kubur Kg Bukit Bintongan Rembau adalah berasaskan kepada konsep surau sebagai Sebuah Madrasah Islam yang Moden, Pusat Komuniti Bersepadu bagi pelbagai kegiatan penduduk atau jemaah, iaitu tempat beribadah, pengajian ilmu, penyebarah dakwah dan disamping itu sebagai sebuah pusat komuniti yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk masyarakat setempat khususnya serta masyarakat di persekitarannya. Oleh yang demikian anggaran perbelanjaan keseluruhan baik pulih ialah RM30,000.00 (Tiga Puluh Ribu sahaja). Besarlah harapan kami agar Y.Bhg, Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian dapat memberi sumbangan dalam bentuk tajaan, Derma, Wakaf zakat dan sebagainya bagi menjayakan Projek yang di rancangkan. Sumbangan boleh di buat secara tunai, cek berpalang atau secara "on line" kepada akaun; AKAUN SIMPANAN SURAU KG BUKIT BINTONGAN REMBAU NEGERI SEMBILAN, Akaun simpanan No: 562414005431 CIMB Rembau Sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan akan dicatatkan didalam webs ini sebagai penghargaan. Segala sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan kami ucapkan ribuan terima kasih. [Kamruddin Hitam] Pengerusi Sumber : http://bintongan.blogspot.com/2012/03/rayuan-derma.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

