Semoga ada pihak yang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan serta 
keluhan yang begitu panjang dan terperinci di bawah ini. 
 
Kebenaran di sebalik kemegahan pekerjaan sektor awam (pertahanan negara) 
Dari laman web Aduan Rakyat . March 12th, 2012
 
Dengar sahaja seseorang yang bekerja dalam sektor kerajaan bagaikan satu 
pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Tidak semua pekerjaan dalam kerajaan 
dapat menjamin masa hadapan yang cerah. Artikel ini saya tulis berdasarkan 
pengalaman dan kehidupan realiti saya dan juga yang dialami oleh orang 
sekeliling saya. Bidang pekerjaan yang saya maksudkan adalah ‘anggota tentera’.
 
Kerajaan kita Malaysia mengamalkan pemerintahan secara demokrasi, dan dalam 
erti kata bukan pemerintahan autokratik, iaitu hanya mendegar arahan oleh 
pemerintahan sahaja. Tapi keadaan ini tidak berlaku dalam angkatan tentera 
kita. Ramai anggota tentera mengalami tekanan dan penganayaan bila mneceburi 
bidang ini.
 
Saya ingin menumpukan hanya dalam satu bidang sahaja iaitu kebenaran yang saya 
peroleh dalam kehidupan anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Saya 
baru berpindah di Pulau Labuan, persekitaran di sini agak mendamaikan kerana 
tiada kesesakan lalu lintas yang teruk seperti Bandaraya Kuala Lumpur. Penduduk 
tempatan di sini agak baik walaupun pada mulanya saya tidak biasa dan berasa 
seperti orang asing.
 
Yang menjadi permasalahan saya ialah orang-orang semenjung terutama orang-orang 
atasan disini . Sikap mereka agak teruk kerana melayan pekerja bawahan dengan 
teruk. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya merupakan isteri kepada salah 
seorang anggota TUDM. Kehidupan dengan ahli TUDM tidak lah begitu senangy yang 
digambarkan. Kami para isteri terpaksa berkorban banyak untuk para suami kami.
 
Ramai yang tidak tahu bahawa meganggotai TUDM memerlukan banyak duit untuk 
berkhidmat, gaji yang diberi tidak banyak malah anggotanya terpaksa 
mengeluarkan duit mereka sendiri untuk berbakti kepada negara. Hal ini tidak 
berlaku pada orang atasan, tetapi orang bawahan yang mempunyai pendapatan yang 
rendah. Dimana sikap orang atasan yang tidak menjaga kebajikan orang bawahan 
mereka. Mereka seperti bangga diri dan tidak mementingkan orang bawahan mereka.
 
Bagi pendapat saya TUDM di pulau Labuan adalah salah satu kawasan yang amat 
teruk dari segi pengurusan dan pentadbirannya. Bukan sahaja tidak cukup 
kakitangan tetapi pihak atasan disini suka mendera atau lebih senang dikatakan 
membuli pekerja bawahan mereka. 
 
Suami saya baru sahaja masuk kursus interaksi untuk kenaikan pangkat sarjan. 
Saya tengok mereka bukan berkursus tetapi mereka dibuli dengan teruk sekali. 
Ini adalah kebenarannya. Bukan sahaja mereka sedang di orentasi oleh anggota 
yang berpangkat ‘Encik’ malah dalam masa yang sama mereka juga terpakse pergi 
bekerja dalam masa yang sama. 
 
Tiap-tiap malam mereka pulang kerumah pada jam 3 pagi dan kadang-kadang hampir 
pukul 4 pagi, jika mereka bekerja shift malam, mereka akan terus masuk pejabat 
dan keesokkan paginya pergi semula ke tempat mereka diorentasi tanpa tidur.
 
Saya tidak faham apa yang penting sangat orentasi ini selepas dinaikkan pangkat 
sarjan berbanding dengan kerja yang menjaga keselamatan negara. Ramai yang 
berkata orentasi ini bertujuan untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku 
pada mereka pada masa dahulu. Mereka semua ini seperti orang yang tidak 
berpegang kuat pada ajaran agama. 
 
Setiap agama mengajar kita kebaikan dan mengajar kita supaya tidak meyimpan 
dendam. Pihak atasan tidak mengikut dan jadikan Nabi Muhamad S.A.W sebagai 
panduan untuk menjadi pemimpin yang baik. Lihatlah bagaimana nabi kita menjadi 
seorang pemimpin yang baik dan cekap, bagaimana boleh memenagi kejayaan dalam 
medan perang. 
 
Jika keadaan ini tidak dibendung, kita akan menghadapi satu masalah yang pada 
satu masa akan datang. Saya berharap pada suatu masa pihak atasan lebih 
mengambil berat akan setiap pekerjanya supaya kita semua dapat bekerja dengan 
gembira dan ikhlas. Suasana ini akan menghasilkan mutu kerja yang baik dari 
semua pihak.
 
Bidang perkerjaan ini bukan sahaja menyebabkan setiap pekerjanya tertekan dari 
segi emosi malah kehidupan keluarga mereka juga akan turut terjejas. Setiap 
kali kursus beribu-ribu duit akan habis untuk selesaikan kursus itu. Sehingga 
kami pernah menjual kenderaan kami semata-mata terpaksa meghadiri kursus.
 
Kadang-kala saya berasa sakit hati kerana di Labuan ini apa sahaja yang 
dilakukan adalah secara paksaan. Orang bawahan selalu dipaksa membuat bayaran 
untuk menjamu orang atasan. Bukan itu sahaja mereka juga dipaksa membeli 
baju-baju T-shirt TUDM. 
 
Semasa saya tinggal di Kuala Lumpur tiada satu pun baju yang dipaksa beli. 
Disini sudah beratus habis hanya untuk membeli baju T-shirt dan untuk buat 
makan-makan. Di Kuala Lumpur juga kursus induksi ini tidak teruk seperti di 
sini. RM50 pun dikatakan tidak habis untuk kegunaan kursus ini, ini kerana 
mereka lebih mementingkan kerja. Di Labuan, baru 3 hari kursus sudah habis 
hambir rm300.
 
Kenapa mereka terlalu kejam dan tidak berperasaan, ada dikalangan anggota yang 
mempunyai anak menghadapi masalah untuk membeli susu dan lampin pakai buang 
anak mereka kerana masalah keawangan. 
 
Pendapatan mereka banyak dihabiskan untuk member kepuasan pada pihak atasan. 
Makan harian keluarga ini juga hanya ala kadar sahaja. Saya tidak mempunyai 
cahaya mata jadi perasaan kasihan pada kanak-kanak ini amat mendalam. Mengapa 
pihak atasan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh orang bawahan 
mereka.
 
Bukan sahaja mereka tiada masa dengan keluarga malah masalah kesihatan juga 
akan timbul, saya terlalu risaukan suami saya, bukan sahaja anggota badan dia 
mengalami kesakitan iaitu patah bahu danjuga patah kaki tapi kadang-kadang saya 
heran di masih boleh bertahan mugkin disebabkan semangatnya yang kuat dan tidak 
mahu dilihat sebagai orang yang lemah dia melakukan kerja harian dan aktiviti 
seperti biasa. 
 
Malah sudah lama dia muntah darah dan juga buang air besar berdarah. Darahnya 
bukan sikit tapi terlalu banyak sehinggakan penuh mangkuk tandas. Semasa 
bertugas di Kuala Lumpur, doktor disana hanya memberitahu itu hanyalah panas 
dalam badan. Saya memaksa dia untuk berjumpa doktor disini, dan dia dikatakan 
suspek ulser perut dan memerlukan rawatan lanjut. Hingga hari ini suami saya 
masih tiada masa untuk membuat rawatan lanjut. Ulser perut adalah satu penyakit 
yang agak berbahaya, jika tidak dirawat ia akan membawa kepada kanser dan boleh 
membawa maut dalam masa yang singkat jika diambil mudah.
 
Di Labuan ini juga dikatakan sudah mempunyai 3 anggota yang kurang siuman tapi 
mereka tidak dapat lagi disahkan gila kerana kadang-kadang mereka seperti 
normal. Hal ini berlaku dikatakan masalah tekanan ayang dihadapi. Saya 
betul-betul minta bantuan agar masalah ini dapat diselesaikan. 
 
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ramai juga anggota yang sudah berenti 
kerana tidak sanggup mengalami tekanan pihak atasan kepada mereka dan terpakse 
melakukan kerja-kerja yang mengarut dan tidak penting. Sahabat-sahabat suami 
saya juga kesemua mereka ingin berhenti jika keadaan ini berlanjutan. Sahabat 
saya juga memberitahu bahawa kawan suami dia sudah ramai yang berhenti dan 
mencari kerja lain.
 
Pada 10 mac 2012 iaiatu pada hari sabtu lalu, anggota TUDM telah ,megadakan 
majlis hari keluarga untuk mes sarjan. Semua para isteri yang dimana suami 
mereka yang masih berkrusus interaksi tidak menghadiri majlis hari keluarga 
berkenaan. Ini adalah kerana ingin menjaga air muka para suami yang mana mereka 
telah disuruh untuk mempersiapkan majlis berkenaan.
 
Mereka tidak mahu isteri-isteri mereka mendapat malu melihat mereka semua 
bekerja seperti hamba semasa majlis berkenaan dijalankan. Sepatutnya pihak 
atasan tidak boleh bertindak demikian kerana semua anggota membayar untuk 
majlis ini, tapi mereka disuruh bekerja untuk jayakan majlis ini sehingga 
mereka tidak dapat merasainya. 
 
Selain itu juga tiap-tiap bulan EMT dipotong untuk membayar mes. Apabila mereka 
minta bajet untuk jayakan majlis mes, pegawai atasan beritahu tiada duit. Di 
mana semua duit yang dibayar oleh anggota kepada mereka. Sudahlah mereka 
memotong EMT sesuka hati mereka tanpa diketahui oleh anggota. Kesemua anggota 
disini tidak berani bersuara kerana takut gaji mereka disekat dan takut diambil 
tindakan yang bukan-bukan oleh pegawai atasan. 
 
EMT yang aggota dapat sudah tidak penuh, malah dipotong ikut sesuka hati. 
Dimana semua keadilan untuk mereka. Mereka dikatakan tiada tempat boleh mengadu 
kerana semua berkaitan dengan pegawai atasan. Sebenarnya semua ini berlaku 
sejak dahulu lagi tapi tiada siapa yang berani mengadu dan dedahkanya kerana 
terlalu banyak penindasan berlaku.
 
Tiada satu pihak pun yang membuat kajian mengenai peratusan anggota tentera 
yang berhenti kerja dan juga peratusan anggota tentera yang menjadi tidak 
siuman. Semua ini sepatutnya diambil berat kerana jika Malaysia memgalami 
peperangan kita tidak mempunyai anggota tentera yang bagus, berpengalam dan 
juga berpengetahuan, yang tinggal hanyalah anggota yang masih baru dan mentah. 
Sepatutnya anggota yang berkhidmat sudah lama iaitu lebih lima tahun haruslah 
diberi kelebihan supaya mereka terus kekal untuk berkhidmat.
 
Perubahan yang hanya nampak baik sekarang adalah kenaikan gaji mereka. Suami 
saya pernah mendapat kenaikan gaji sebanyak 2 sen sahaja tidak seperti yang 
digemburkan dalam berita, pergi mana duit tu, kita tidak tahu. Dia juga 
mengalami masalah gaji iaitu tidak mendapat kenaikan gaji sebanyak dua kali. 
Ini kerana ada pihak atasan yang tidak berpuas hati dengannya dan menyekat 
kenaikan gaji suami saya. 
 
Suami saya ingin penyiasatan dilakukan semula mengenai kenaikkan gajinya tetapi 
memerlukan beberapa dokumen, dan suami saya tidak menyimpanya dan sudah hilang 
disebabkan asyik berpindah rumah. Jadi dia biarkan sahaja sebab tiada bukti. 
Kami hanya menganggap tiada rezeki kami. 
 
Permasalan lagi satu yang menjadi saya keliru ialah kerajaan sabah Sarawak 
memberi setiap anggota elaun sebanyak RM500 seorang, tetapi mereka tidak dapat 
sebanyak itu, malah diberi berlainan bayaran mengikut pangkat. Apabila sampai 
di sini juga elaun sara hidup dipotong. Yang menjadi persoalannya mengapa pihak 
berkaitan memotong elaun sara hidup kerana itu adalah untuk sara hidup dan 
elaun sabah Sarawak adalah elaun yang berlainan iaitu elaun kerana anggota 
sangup berpindah jauh untuk berkhidmat.
 
Dengan artikel ini, saya harap nasib anggota tentera akan lebih terbela. Bagi 
mereka yang sering melihat negara kita adalah sebuah negara yang aman damai 
tanpa sebarang peperangan, itu adalah benar, jika bagi mereka anggota tentera 
tidak bekerja kerana tiadanya perang, mereka silap sama sekali. Malah mereka 
bekerja lebih teruk dan lebih masa tanpa mendapat sebarang ganjaran. Mereka 
yang tidak hadapi situasi ini mereka tidak tahu apa yang berlaku disebaliknya. 
Inilah hakikat disebalik kemegahan yang selalu kita lihat hari ini. 
 
Saya harap perkara ini tidak diambil mudah. Pertahanan Negara amat penting 
dalam sesebuah negara sebab itulah di negara barat gaji anggota tentera adalah 
yang paling tinggi kerana bermacam risiko yang mereka akan hadapi. Saya 
memikirkan pada masa akan datang tiada sesiapa yang akan menganggotai angkatan 
tentera Malaysia kerana masalah ini diambil mudah oleh pihak yang berkaitan. 
Mereka akan lihat tiada apa kelebihan hanya tekanan hidup yang akan mereka 
hadapi.
 
Penyelarasa gaji yang diumumkan oleh perdana menteri kita baru ini telah 
mengembirakan ramai kakitangan awam. Saya masih ragu-ragu akan kenaikan gaji 
ini dalam sektor awam yang berkaitan dengan anggota tentera kerana setiap kali 
kenaikan gaji dihebohkan di media masa masa dan media cetak, keadaan yang 
berlaku tidak seperti yang di gambarkan. 
 
Orang bahawahan hanya menerima kenaikan gaji yang sedikit sahaja tidak seperti 
yang digambarkan oleh media masa. Kelebihan kenaikan gaji ini hanya diperoleh 
oleh orang atasan yang sudah mempunyai pendapatan dan taraf hidup yang tinggi. 
Kita semua tunggu dan lihat sahaja bagaimana penyelarasan gaji ini diagihkan. 
Adakah seperti dahulu yang hanya mementingkan gaji orang atasan sahaja atau 
berita gembira untuk orang yang bekerja keras seharian berbanding orang atasan 
yang hanya tahu mengarah orang bawahan membuat kerja.
 
Saya, sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga yang sudah melalui pengalaman ini 
amat kesal dengan apa yang berlaku. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di sini 
sahaja, malah berlaku di setiap kawasa. Bilakah semua ini akan berakhir, 
tiadakah orang yang mahu membela nasib mereka. Secara kesimpulan semua ini 
berkaitan dengan wang dan juga pangkat dan darjat seseorang. 
 
Bak kata, orang yang senang bertambah senang, orang yang susah bertambah susah. 
Dunia sudah tebalik, orang bawahan menjaga kebajikan orang atasan. Tiada lagi 
hormat tapi hanya ketakutan. Sedar lah wahai manusia hukumnya memakan hasil 
titik peluh orang lain dan apabila kita mati semua umat islam hanya memakai 
kain kapan berwarna putih, tiada lagi pangkat tiada lagi kemegahan, semua akan 
sama rata.
 
JIka ada sesiapa yang membaca artikel ini silalah memberi pandangan terhadap 
kes ini dan berilah komen-komen untuk menyelesaikannya dan agar dapat 
menyedarkan mana-mana pihak yang berkaitan. Hal ini berlaku pada semua anggota 
tentera di Malaysia yang bertugas bukan sahaja TUDM. 
 
Tolonglah hentikan penindasan ini yang tidak memberi apa-apa manfaat tapi 
musibah semata-mata. Ini hanyalah luahan yang sudah lama terbuku dan semua 
orang boleh bersuara dan memberi pandangan mereka masing-masing. Saya harap 
kita semua mendapat satu kehidupan yang tanpa permainan duniawi, terus pandang 
kehadapan, hilangkan rasa iri hati, dendam, pentingkan diri dan timbulkan 
kebaikan dalam diri kita, hidup pasti akan sejahtera walaupun sederhana.
 
By: Peacegurlz84
 
Sumber : 
http://www.aduanrakyat.com.my/kebenaran-di-sebalik-kemegahan-pekerjaan-sektor-awam-pertahanan-negara#more-11247

Kirim email ke