Merujuk akhbar Berita Harian 15 Mac
2012 , Ruangan Nasional pada mukasurat 22 artikel bertajuk “Tender
bina Hospital Rembau dibuka bulan depan”. Apa yang menarik
perhatian ialah Hospital Rembau ini akan didirikan diatas tanah yang
Kementerian Kesihatan beli dari Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan
(PKNS) seluas 20 ekar. 

(Keratan akhbar tersebut di 
http://waghih.blogspot.com/2012/03/chegubard-dah-merajuk-dengan-orang.html )

PKNS menawarkan harga RM 22.00 untuk
sekaki persegi. Ini bermakna sekitar RM19.2 juta untuk 20 ekar.

Akan tetapi kenapa tanah rakyat di
Rembau yang diambil untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dibayar
pampasan paling tinggi hanya RM 2.80 sekaki persegi? Ini bermakna
harga tanah adat atau tanah rakyat ialah RM 121,968.00 seekar,
sedangkan tanah PKNS ialah RM 958,320.00 seekar.

Kos 20 ekar untuk tanah Hospital Rembau
ialah sekitar RM 19.2 juta. Sedangkan jika Kementerian Kesihatan
ambil tanah rakyat atau tanah adat yang banyak di Rembau harganya
hanya sekitar RM 2.4 juta untuk 20 ekar, iaitu penjimatan sebanyak RM
16.8 juta. 

********* 
Pembinaan Hospital Rembau bermula April
ini – Menteri Besar

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas
persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi
hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di
tanah industri Chembong.
http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar 

Nilai pampasan tanah adat sikit
Berita Harian 18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti
rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya
kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk
Amat.

Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan
yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah
kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang
dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah.

"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki
persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk
mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah
dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung,"
dakwanya.
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/07/nilai-pampasan-tanah-adat-sikit.html
 

Pampasan tanah tidak cukup
Sinar Harian 22 Mac 2011

REMBAU - Walaupun sudah menerima wang
pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong
Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar
Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.

Hasnah Latif, 76, mengakui tidak
berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.

“Disebabkan itu, makcik dan suami
terpaksa menyewa rumah di Taman Sri Rembau kerana impian kami untuk
memperoleh rumah dan tanah yang diduduki seperti sebelum ini tidak
kesampaian.
http://pasns.blogspot.com/2011/03/melayu-merempat-di-rembau-bila-kerajaan.html 

Kirim email ke