Ashadi bin Kadir yang beralamat di No 300, Lorong Jasmin 5/1, Taman Jasmin, 
Senawang amat memerlukan bantuan kita semua. Rumah yang dibelinya pada tahun 
2007 pada harga RM 55,000.00 pihak bank BSN telah melelongnya pada harga RM 
32,000 pada hujung Februari 2012. Dia terpaksa melepaskan rumah yang amat 
disayanginya kerana tidak mampu membayar tunggakan RM 7,000 apabila tempat 
kerja lamanya mempunyai masalah kewangan.

Kini Ashadi hanya mampu bekerja kilang di Senawang dengan gaji RM 800. Yang 
membeli rumahnya dalam lelongan tersebut ialah orang Melayu dari Kedah katanya. 
Dia diberi tempoh sehingga 21 Mac 2012 untuk mengosongkan rumah tersebut. Kini 
20 Mac 2012, beliau masih belum dapat rumah baru untuk didiami pada kadar harga 
yang berpatutan.

Beliau ada memohon rumah PPR Senawang (rumah pangsa milik kerajaan negeri), 
tapi hanya akan dapat dalam tempoh sebulan dua lagi. 

Rumah mertua Ashadi ada di Panchor, tetapi ianya sudah sempit dengan adik 
beradik sebelah isterinya sudah ramai di sana. Sedangkan Ashadi mempunyai 3 
orang anak berusia 3 tahun, seorang di Tabika Perpaduan KEMAS dan seorang di 
Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Senawang.

Nak tak nak, esok 21 Mac 2012, Ashadi sekeluarga perlu mengosongkan rumah 
beliau di Taman Jasmin. Kalau tiada tempat untuk meletakkan barangan rumahnya, 
mungkin terpaksa diletak tepi jalan, atau surau, atau masjid.

Ashadi bukan hendak minta sedekah. Beliau hanya perlukan bantuan untuk 
mendapatkan rumah sebulan dua , sementara menunggu rumah PPR Senawang. 

Kalau ada sesiapa yang boleh bantu sila hubungi Ashadi di talian 017-6055185.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan kewangan untuk meringankan beban Ashadi 
untuk sewa lori pindah rumah , atau bayar deposit rumah sewa boleh dimasukkan 
ke akaun CIMB atas nama Ashadi bin Kadir , No Akaun 05060136279529.

Pengesahan cerita Ashadi Kadir ini boleh dibuat melalui Rozmal bin Malakan tel 
012-2267406, e-mel [email protected] 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke