23 Mac 2012 KUANTAN: Ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi 
memaafkan tindakan anaknya melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Pekan, 
Ahad lalu biarpun kejadian terbabit mencemarkan nama keluarga. 
 
Normala Mohd Lazin, 33, berkata beliau bagaimanapun enggan merestui hubungan 
Siti Nurfatihah dan teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas 
lelaki berusia 26 tahun itu terbabit tidak mahu memulangkan anaknya. 
 
 “Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun 
saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang 
berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat 
menyayanginya.
 
“Siti Nurfatihah masih muda dan apa yang lebih penting ketika ini ialah 
pelajaran demi masa depannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, 
semalam.
 
Akhbar semalam melaporkan, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah 
Kebangsaan Pandan yang ditemui kira-kira jam 8 malam di rumah teman lelakinya 
di Kampung Merchong, Pekan, Selasa lalu mengaku tidak diculik sebaliknya dengan 
rela hati melarikan diri akibat tekanan dan rasa dikongkong keluarga.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sediamaafkananakwalaupunmalu/Article/
 

Kirim email ke