Masjid di Kampung Bukit Pegoh, Melaka ini mengalami kerosakan selepas beberapa 
siling berhampiran kubah runtuh sejak tiga tahun lalu. Adakah ini masjid yang 
sama yang berhadapan situasi bersolat dengan diimamkan oleh dua imam dipercayai 
akibat perbezaan fahaman politik sejak awal April 2010? Lebih menghairankan 
Jabatan Agama Islam Melaka tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membaiki 
kerosakan siling tersebut yang dianggarkan berrnilai RM260,000.00.
 
26 Mac 2012 TELOK MAS - “Mungkin hendak tunggu ada yang cedera di masjid ini 
baru perlu ambil tindakan,” kata Mohamad Ali Abdullah, 76, jemaah Masjid 
Al-Watani di Kampung Bukit Pegoh, di sini.
 
Dia berkata demikian akibat kecewa apabila keadaan masjid berkenaan tidak 
sempurna serta tidak mendapat perhatian pihak terbabit.
 
Menurutnya, kerosakan masjid dibina sejak tahun 1960-an itu mengalami kerosakan 
selepas beberapa siling berhampiran kubah runtuh sejak tiga tahun lalu.
 
“Siling yang runtuh ketika itu turut menimpa beberapa jemaah yang sedang 
bersolat, namun bernasib baik tiada nyawa yang melayang,” katanya.
 
Seorang lagi jemaah masjid dikenali sebagai Ishak Kari berkata, hampir dua 
tahun lalu, siling di ruang solat pula dilihat mula terhakis hingga menampak 
struktur besi, selain cat siling juga tertanggal.
 
“Ia dipercayai berlaku akibat faktor cuaca dan pembuatan yang tidak mengikut 
spesifikasi hingga memboleh air hujan menyerap masuk.
 
“Memang ada jemaah yang terkena air menitik ketika sedang solat, namun hendak 
buat bagaimana dan mereka tetap teruskan solat berjemaah,” katanya.
 
Sementara itu, Pengerusi masjid berkenaan, Md Jani Gembor berkata, pihaknya 
sudah beberapa kali mengajukan masalah terbabit kepada Jabatan Agama Islam 
Melaka (Jaim) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan, namun 
tidak mendapat maklum balas positif diterima.
 
“Beberapa bahagian siling plaster berhampiran kubah masjid itu runtuh tiga 
tahun lalu kerana serapan air hujan dan sehingga kini ia masih tidak dibaiki 
akibat faktor kekangan kewangan.
 
“Berdasarkan penilaian Jabatan Kerja Raya (JKR) tiga tahun lalu, kos diperlukan 
bagi membaiki kerosakan siling runtuh berhampiran kubah adalah kira-kira 
RM260,000. Bagaimanapun, Jaim mendakwa tidak mempunyai peruntukan mencukupi,” 
katanya.
 
Md Jani berkata, masalah terbabit tidak pernah lepas daripada dibangkitkan 
dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan 
Negeri (Japerun) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), 
namun hanya jawapan dolak dalih yang mereka terima.
 
 “Masjid ini menjadi tumpuan masyarakat Islam daripada enam kampung dan 
perumahan setiap minggu dengan mengadakan aktiviti keagamaan. Jadi, saya 
khuatir jika lambat laun terjadi perkara yang tidak diingini terhadap jemaah.
 
“Wang masjid sedia ada tidak boleh digunakan sebarangan, apatah lagi ia tidak 
cukup untuk memperbaiki keadaan masjid ini,” katanya.
 
Menurutnya, selain masalah siling yang rosak teruk, sistem pengudaraan masjid 
terbabit juga kurang sempurna menyebabkan jemaah terpaksa bersolat dalam 
keadaan tidak selesa akibat panas.
 
“Kemudahan pendingin hawa memang disediakan, namun penggunaan yang kerap akan 
meningkatkan lagi jumlah bil elektrik bulanan masjid.
 
“Saya berharap pihak berkenaan dapat berbuat sesuatu bagi memulihkan struktur 
binaan masjid ini secepat mungkin,” katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/masjid-usang-bahayakan-jemaah-1.35170
 
 
Sembahyang dua imam di Bukit Pegoh
 
MELAKA 9 Mei 2010 - Ahli jemaah kariah Masjid Bukit Pegoh, Pernu di sini berada 
dalam dilema apabila berhadapan situasi bersolat dengan diimamkan oleh dua imam 
dipercayai akibat perbezaan fahaman politik sejak awal April lalu.
 
Pengerusi masjid tersebut, Md. Jani Gembor, 65, berkata, perselisihan faham 
antara imam masjid tersebut yang dilantik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan 
seorang imam muda berumur 28 tahun itu bermula sejak setahun lalu.
 
Beliau mendakwa, bukan sekadar mengajar agama tanpa tauliah sejak setahun yang 
lalu, malah imam muda itu juga seolah-olah menghasut dengan mengatakan Imam 1 
masjid terbabit tidak layak menjadi imam.
 
Tambahnya, menyedari beliau mengajar tanpa tauliah, kariah masjid kemudian 
memintanya mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terlebih 
dahulu.
 
"Awal tahun ini, kita telah minta dia mendapatkan tauliah mengajar agama tetapi 
dia enggan, malah pengikutnya terdiri antara 15 dan 20 orang juga memarahi 
tindakan kami itu.
 
"Ekoran itu pada 1 April lalu, ahli kariah masjid telah membuat laporan kepada 
JAIM dan sejak itu imam muda bersama pengikutnya itu melakukan solat berasingan 
di masjid ini," katanya ketika di temui di sini semalam.
 
Menurut Md. Jani, imam muda dari Masjid Tanah itu bersama pengikut-pengikutnya 
akan datang sebelum masuk waktu solat lima waktu, namun tidak menyertai solat 
berimamkan imam masjid tersebut.
 
Sebaliknya, kata beliau, mereka akan menunggu di saf belakang sehingga solat 
selesai dan setelah itu, barulah imam muda tersebut mengimamkan solat diikuti 
pengikut-pengikutnya itu.
 
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika diminta 
mengulas berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul.
 
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Tanah, 
Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri akan memanggil penghulu kampung 
terbabit.
 
"Saya akan panggil penghulu kampung tersebut untuk membincangkannya dan mahu 
isu ini dibawa pada mesyuarat Exco Rabu ini," katanya.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_29.htm
 
 
Jemaah Bukit Pegoh dilema solat dua imam
2010/05/10
 
JASIN: Ahli jemaah kariah Masjid Bukit Pegoh di Pernu, dekat sini, bagaikan 
dalam dilema apabila mereka berhadapan situasi melakukan solat berimamkan dua 
imam, sejak awal April lalu, dipercayai akibat perbezaan fahaman politik.
 
Pengerusi masjid berkenaan, Md Jani Gembor, 65, berkata perselisihan faham 
antara imam masjid itu yang dilantik Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dengan 
seorang imam muda berusia 28 tahun bermula tahun lalu.
 
Beliau mendakwa, bukan sekadar mengajar ilmu agama tanpa tauliah sejak setahun 
yang lalu, imam muda itu juga seolah-olah menghasut dengan mengatakan Imam 1 
masjid terbabit tidak layak menjadi imam.
 
Katanya, menyedari imam muda itu mengajar tanpa tauliah, kariah masjid 
memintanya untuk mendapatkan tauliah terlebih dulu daripada Jabatan Agama Islam 
Melaka (Jaim).
 
"Pada awal tahun ini, kita memintanya mendapatkan tauliah mengajar agama tetapi 
dia enggan, malah pengikutnya seramai kira-kira 15 orang hingga 20 orang 
memarahi kami. 
 
"Berikutan itu, pada 1 April lalu, ahli kariah masjid membuat laporan kepada 
Jaim dan sejak itu imam muda bersama pengikutnya melakukan solat dua imam di 
masjid ini," katanya di sini, semalam.
 
Mengulas lanjut, Md Jani berkata, imam muda dari Masjid Tanah itu bersama 
pengikutnya akan datang sebelum masuk waktu solat lima waktu, namun akan 
melihat dan menunggu di saf belakang sehingga solat selesai dan selepas itu, 
barulah beliau mengimamkan solat.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JemaahBukitPegohdilemasolatduaimam/Article/print_html

Kirim email ke