Pada tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar 
Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh 
pihak berkuasa. Kes-kes dan gambar mangsa serangan asid sebelum ini di 
http://amkns.blogspot.com/2012/02/penyerang-asid-kembali-serang-warga.html 
 
2 lagi wanita disimbah asid di Rawang
 
28 Mac 2012 KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa 
simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat 
sini semalam.
 
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian 
kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah 
asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.
 
Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri 
ke kawasan berhampiran.
 
"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai 
asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang 
badannya melecur,” katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.
 
Abdul Rahim berkata, Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di 
Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, 
masih dirawat di hospital sama.
 
"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, 
keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas,” katanya sambil menambah kes 
itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. — BERNAMA
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
 
 
Thief splashes acid on woman and student
 
The serial splasher had struck fear among Klang Valley residents between March 
and May last year, with more than 20 people suffering burns.
 
The attacks began on March 2, 2011, when eight students and a teacher from SK 
Bukit Bandaraya in Jalan Bangkung, Bangsar, were splashed with a corrosive 
liquid by a motorcyclist.
 
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/28/nation/11002353&sec=nation 
 
Balik rumah tubuh berasap 
 
"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok 
menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya 
juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan 
ia minuman. 
 
"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba 
mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari 
botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di 
rumahnya di sini, malam tadi.
Nur Aqilah berkata, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya 
yang kemerahan akibat terbakar manakala dia rakan hanya mampu melihat kerana 
bimbang dicederakan penjenayah terbabit.
 
"Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah 
kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan 
selambanya.
 
“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain," 
katanya.
 
http://www.hmetro.com.my/articles/Balikrumahtubuhberasap/Article

Kirim email ke