Berita dari Facebook ADUN Paroi www.facebook.com/hjtaufek
 
200 orang Penduduk Kg Serampang Indah , Bandar Seri Jempol berdemo untuk tuntut 
Hak mereka yg hampir 30 tahun diabaikan kerajaan.
 
Ada 3 kali , rakyat berhimpun nak htr demo pada YAB MB NS :
(1) akhir tahun 2011 , sekumpulan orang Asal 
(2) Hari ini 28 Mac 2012  , Penduduk Kg Gatco berkaitan isu Tanah (majoriti 
msykt India) 
(3) Peneroka FELDA berkaitan isu generasi ke2 ...
 
utk Perkara (1) dan (2) MB akhirnya terpaksa akur dan turun jumpa Rakyat . 
 
Tolong fikir Kenapa bila isu ke 3 berkaitan FELDA , MB langsung Tak nak layan 
dan hanya htr pegawai bawahan Terima memo tersebut?
 
Sorotan kisah nasib Penduduk Kg Gatco di bawah ini :
 
Janji tak tunai dah 4 kali pilihanraya di N.Sembilan 
http://pasns.blogspot.com/2010/04/janji-tak-tunai-dah-4-kali-pilihanraya.html 
 
Keluhan Pekerja Ladang N.Sembilan 
http://pasns.blogspot.com/2007/12/keluhan-pekerja-ladang-n.html 
 
Apalah Nasib Pekebun Peneroka N.Sembilan 
http://pasns.blogspot.com/2010/04/apalah-nasib-pekebun-peneroka-nsembilan.html 
 
Penduduk Kg. Gatco Hilang Kepercayaan Pada UMNO / BN 
http://pasjelebu.blogspot.com/2008/01/penduduk-kg-gatco-hilang-kepercayaan.html 
 
****************
Rakyat tagih janji hak milik tanah
Sinar Harian 15 April 2010
 
SERAMPANG INDAH (Jempol, N.Sembilan) – Penduduk masih menagih jawapan pihak 
berkaitan mengenai hak milik tanah kebun mereka sejak 20 tahun lalu.
 
SEKALIPUN SUDAH EMPAT KALI PILIHAN RAYA, NAMUN SEHINGGA KINI HAK PENDUDUK MASIH 
MENJADI TANDA TANYA.
 
Bekas Ketua Kampung, Abd Rahman Ali Muhamad berkata, semua pemimpin kerajaan di 
peringkat bawahan seperti Pejabat Daerah atau tertinggi di Jabatan Perdana 
Menteri sedia maklum mengenai masalah penduduk Kampung Gatco.
 
Menurutnya, peserta generasi pertama dan kedua berharap tanah kebun 
di-perjuangkan menjadi hak milik mereka.
 
“Kami hanya meminta Gagasan 1Malaysia dicanangkan ke seluruh negara, rakyat 
didahulukan dapat direalisasikan di kawasan ini kerana surat makluman daripada 
setiausaha Datuk Seri Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri masih kami 
simpan,” katanya.
 
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sulaiman 
Ompong berkata, pelbagai media pernah datang ke kampung ini membuat liputan 
berhubung masalah dialami.
 
Menurutnya, Kampung Serampang Indah atau Gatco di bawah kawasan Parlimen 
Jelebu, tetapi di bawah pentadbiran daerah Jempol dan perkara itu tidak 
seharusnya menjadi alasan dalam memberikan kata putus mengenai hak penduduk.
 
“Penduduk di sini datang dari seluruh Semenanjung dengan hasrat memiliki tanah 
sebagai meneruskan kehidupan dan membesarkan anak serta mengharapkan 
keprihatinan kerajaan menyelesaikannya,” katanya.
 
N Venugopal, 64, berkata, sebanyak RM7,600 dibayar kepada pengurusan ketika 
mula memasuki penempatan itu sekitar 1977.
 
Menurutnya, surat perjanjian memasuki ladang dan resit asal masih disimpan 
untuk menepis kenyataan dia adalah pendatang asing di kampung berkenaan.
 
“Harapan saya supaya memperoleh tanah hasil kudrat dan titik peluh saya sendiri 
setelah sekian lama berbakti,” katanya.
 
Atan Warsan, 72, adalah antara generasi pertama yang sentiasa menantikan 
jawapan mengenai kedudukan sebenar tanah kebun hasil usahanya bersama 300 
peneroka asal lain.
 
Atan berkata, ramai rakannya meninggal dunia dan waris mereka ditinggalkan 
dengan tidak menge-tahui tentang status tanah terbabit.
 
Menurutnya, jawapan pemimpin hanya akan di-peroleh menjelang pilihan raya 
dengan janji akan menyelesaikan masalah penduduk di sini, namun akhirnya hanya 
tinggal janji sahaja.
 
“Saya tidak jamin masyarakat di sini akan memilih wakil kerajaan sama setelah 
empat kali dike-cewakan melalui satu kertas undi setiap orang tanda kesetiaan, 
namun ternyata sia-sia,” katanya.
 
Terasa dianaktirikan 
Bekas Ketua Wanita, Zainab Lasim berkata, hidup penduduk di sini banyak 
bergantung kepada hasil kebun diusahakan sejak 30 tahun lalu.
 
Menurutnya, alasan masalah itu sukar diselesaikan kerana disebabkan majoriti 
penduduk adalah kaum India tidak boleh diterima kerana mereka juga warganegara 
Malaysia dan berhak mendapatkan hak sewajarnya.
 
“Kami tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya 
kerajaan tidak dapat menyelesaikannya dan memberikan jawapan sebenar supaya 
tidak berasa dianaktirikan sesiapa,” katanya.
 
Bekas Ketua Pemuda Cawangan, Muhamad Kamisan berkata, penduduk telah melakukan 
semua langkah dan perlu dilakukan sama ada dengan cara diplomasi atau politik 
dalam mendapatkan hak mereka.
 
Menurutnya, kebimbangan semua peserta di sini hanyalah kepada masa hadapan 
generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan dan jalan penyelesaian isu itu 
akan menjadi lebih sukar.
 
“Penduduk semakin meningkat dan generasi pertama ramai sudah tiada cuma yang 
tinggal hanya hara-pan serta impian memiliki tanah sendiri untuk diusahakan 
waris,” katanya.
 
Nordin Ahmad Bakri, 52, berkata, segala penat lelah dan usaha penduduk 
mendapatkan hak umpama tiada harga di mata pihak berkuasa.
 
“Sebarang urusan atau keputusan seharusnya me-ngambil kira hak peserta ladang 
ini dan pintu rundingan sentiasa dibuka untuk menyelesaikan masalah ini.
 
“Sebanyak 693 pengundi berdaftar di kampung ini dan 242 adalah keahlian tetap 
kerajaan pada masa kini berharap sesuatu dapat dilakukan segera dengan 
berlandas kebenaran,” katanya.
 
Sementara itu, terbaru, ladang seluas 400 hektar terbakar sekali gus 
mengakibatkan banyak kerugian kepada penduduk, pengu-saha dan peserta ladang.
 
MDJ akan siasat masalah berlarutan sehingga 20 tahun itu telah dipanjangkan 
kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ).
 
Pegawainya, Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, pihaknya sedia maklum dan sedang 
meneliti sejarah kes berkenaan.
 
“Kita sedia maklum masalah ini dan sedang menyiasat sejarah kampung terbabit. 
Dalam pada itu, diharap penduduk terlibat dapat bersabar,” katanya.

Kirim email ke