Aduan Rakyat 28 Mac 2012 - Di sini saya ingin menyatakan permasalahan saya yang 
dilarang untuk tinggal lama bersama isteri dan anak-anak saya di Sabah. Saya 
telah berkahwin dengan isteri saya hampir 11 tahun semasa dalam perkhidmatan 
Angkatan Tentera Malaysia. Saya dikurniakan dua orang anak. 
 
Masalah timbul bila sama telah tamat dalam perkhidmatan. Saya tidak boleh 
tinggal bersama dengan isteri saya di Tawau. Pada hal isteri saya adalah 
penduduk tetap di Sabah.
 
Saya tidak dibenarkan tinggal di Sabah lebih dari 3 bulan, selapas itu saya 
dikehendaki keluar dari Sabah dan masuk semula untuk tempoh 3 bulan lagi. Cuma 
sekarang ini saya diberi visa lawatan selama 1 tahun yang akan tamat tempoh 
pada awal Januari 2013 nanti.
 
 Isteri saya tidak boleh menjamin saya untuk tinggal di Sabah dengan lama lagi.
 
Tapi yang menjadi kehairanan saya kenapa warga asing yang berkahwin dengan 
penduduk Sabah boleh dijamin oleh pasangan masing-masing dan boleh juga mencari 
kekayaan di Sabah sehingga berjaya. 
 
Sedangkan saya warga Malaysia tidak boleh tinggal menetap di Sabah dan hak-hak 
kami dinafikan oleh Pemerintah Sabah. 
 
Adakah Sabah bukan sebahagian dari Malaysia, bagaimana dengan selogan PM kita 
Gagasan 1Malaysia.
 
Wassalam.
 
By: sharinnizal
 
http://www.aduanrakyat.com.my/rakyat-dari-semenanjung-tidak-layak-tinggal-di-sabah#more-12004
 
 
Statistik dari http://beritasemasa.com/warga-asing-di-sabah-malaysia 

Kirim email ke