KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP REMAJA REMBAU 2012
Tarikh : 11 April 2012, Rabu
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : Gelanggang Tertutup Sports Planet , Senawang

Yuran : RM 20/pasukan
Hadiah : Johan RM 100, Naib RM 75, Ke-3 RM 50, Ke-4 RM 25

KATEGORI
1. Bawah 15 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)
2. Bawah 12 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)

Anjuran : Surau Taman Alamanda dan Unit Amal Rembau.

Untuk penyertaan, penajaan hadiah atau pertanyaan sila hubungi :
Rozmal 012-2267406  [email protected] 
Izamri 013-2124086 [email protected] 

Untuk mengelakkan unsur judi dalam Kejohanan Futsal ini adalah dimaklumkan 
hadiah untuk kejohanan ini tidak diambil dari yuran penyertaan. Ianya ada hasil 
sumbangan individu atau mana-mana pihak yang menaja.

Justeru itu kepada mereka yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila 
salurkan ke akaun :
Nama akaun : JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA
Bank Muamalat (Seremban)
No Akaun : 05010001181713 

atau akaun Maybank 155126945930
  
Sila dapatkan syarat kejohanan dan borang penyertaan di 
http://suraualamanda.blogspot.com/2012/03/kejohanan-futsal-tertutup-remaja-rembau.html
 

************* 

Hukum sertai pertandingan memancing

Soalan:SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. 
Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah 
seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?

Jawapan:

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima 
hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh 
penganjur dan peserta. 

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang 
diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau 
hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi? 

Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. 
Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian. 

Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang 
peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari 
penganjur atau agensi yang menaja.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat 
pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan 
sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan 
Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 
14/154). 

Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang 
bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), 
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) 
adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya 
supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika 
membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan 
menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan 
oleh syarak. 

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah 
menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam 
pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta). 

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang 
bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba 
denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika 
kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."

Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan 
wang pertaruhan.

Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau 
pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh 
peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran 
penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan 
syarak mengharamkannya.

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi 
perkara-perkara berikut:

1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.

2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.

3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi 
atau sebagainya.

4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.

5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran 
lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah 
al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).

Sumber : 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke