Dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini Dato Kamarul Baharin Abbas telah 
bertanyakan status pembinaan Hospital Rembau. Menteri Kesihatan berkata bahawa 
proses tender telah siap pada 27 Mac dan kos projek ialah RM 122.6 juta dibina 
atas tanah seluas 45 ekar. Semakin banyak fakta yang mengelirukan mengenai 
projek ini.
 
Pertama : Jika rujuk laman web JKR , tender yang telah siap pada 27 Mac 
hanyalah Fasa 1, iaitu Kerja-kerja Tanah.
 
Kedua : Jika kos projek ialah RM 122.6 juta telah diumumkan awal, tidakkah ini 
menjejaskan proses tender Fasa 2 iaitu pembinaan Bangunan Hospital?
 
Ketiga : Menteri Kesihatan mengatakan projek dibina atas tanah seluas 45 ekar 
(RM 43.1 juta), sedangkan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan tanah dibina 
atas tanah seluar 20 ekar (RM 19.1 juta) pada harga yang dipohon oleh PKNS 
sebanyak RM 22 sekaki persegi atau RM 958,320.00 seekar.
 
Keempat : Jika tanah yang terlibat ialah 45 ekar (RM 43.1 juta), bermakna 35 
peratus kos projek, ialah kos tanah. Jika tanah yang terlibat ialah 20 ekar 
(RM19.1 juta) bermakna 15.5 peratus kos projek ialah kos tanah.
 
Kelima : Menteri Besar Negeri Sembilan pada laporan 25 Jan 2012 menyatakan 
antara faktor kelewatan projek ini ialah kontraktor swasta yang mahu mengambil 
keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta. Kemudian laporan 15 Mac 2012 MB 
berkata antara faktor kelewatan projek ialah PKNS membuat bantahan di Mahkamah 
Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada 
harga RM22 sekaki. Yang mana satu faktor kelewatan projek yang sebenarnya.
 
Keenam : Pada tahun 2008 projek ini dianggarkan kosnya ialah RM 100 juta. 
Kontraktor mana yang hendak untung sampai RM 80 juta tersebut? Adakah ianya 
melalui proses tender terbuka?
 
*********** 
March 29, 2012 
 
KUALA LUMPUR: The government will kick-start the Rembau District Hospital 
project in May to fulfil a promise made during the 2008 general election 
campaign.
 
Health Minister Liow Tiong Lai, who made the announcement in Parliament today, 
said the project would cost RM122.6 million.
 
Liow said the hospital would be built on a 45-acre site and would have the 
capacity for 76 beds and a surgery room. About a dozen doctors would be 
stationed there permanently, he added.
 
“We completed the tender process on March 27 and construction works will start 
by the end of May,” he said. “We expect the project to be completed in three 
years’ time.”
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/29/khairy-gets-his-hospital/
 
 
Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar
 
SENAWANG, 25 Jan 2012 – Hospital Rembau yang di pohon oleh penduduk Rembau 
telah diluluskan pembinaanya melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RM ke-9). Namun 
ketika itu, pembinaan hospital ini di berikan kepada kontraktor swasta yang 
mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta.
 
Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital 
yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri 
Chembong.
 
Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada 
bulan April 2012 dan  orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital 
yang di bangkitkan pembangkang.”
http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar/ 
 
Tajuk Projek Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - 
Kerja-kerja Tanah)
Tarikh Iklan 27/02/2012
Tarikh ditutup 27/03/2012
http://rakan.jkr.gov.my/ckub/b_admin/t_listdtl.asp?No_Proj=22031 
 
Berita Harian 15 Mac 2012 
 
Projek itu pada mulanya dirancang dilaksanakan pihak swasta, namun Kementerian 
Kesihatan mahu ia diletakkan di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan 
perubahan itu menyebabkan rombakan semula memakan masa.
 
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk 
pembelian tanah berkenaan. Bagaiamanapun, masalah harga tanah pula timbul dan 
menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya 
membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS adalah RM18 sekaki.
 
Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju 
dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html 
 
Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
 
REMBAU 7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan 
dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang 
lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan 
di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive
 

Kirim email ke