Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 orang 
graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga kita sepatutnya boleh membiayai 
pengajian selama 4 tahun kepada 167,692 pelajar di IPTA tanpa perlu meminjam 
dari PTPTN.
 
Pada 1 Mei 2012 akan diadakan pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. Akan tetapi 
pada 27 Mei 2012 ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA untuk 
Program Pengajian Asasi. Bukankah ini satu pembaziran jika pelajar mendapat 
panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 3 minggu untuk 
latihan PLKN. Kenapa Kementerian Pertahanan tidak melakukan strategi lautan 
biru dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menapis peserta PLKN?
 
Begitu juga dengan angka 8 peratus atau 6,667 pelatih PLKN yang buta huruf. 
Satu pembaziran untuk menyediakan satu modul khas kepada pelatih PLK yang buta 
huruf. Kenapa Kementerian Pertahanan tidak melakukan strategi lautan biru 
dengan Kementerian Pelajaran untuk menapis peserta PLKN yang buta huruf?
 
Satu lagi pembaziran ialah isu pelatih PLKN yang mempunyai masalah kegemukan 
atau obesiti, sehinggakan PLKN sekali lagi terpaksa mengadakan modul khas untuk 
para pelatih yang kegemukan. Kenapa Kementerian Pertahanan tidak melakukan 
strategi lautan biru dengan Kementerian Kesihatan untuk menapis peserta PLKN 
yang kegemukan?
 
Tarikh Latihan PLKN Siri 9/2012 :
Kumpulan 2 : 1 Mei 2012 - 14 Jul 2012
http://www.khidmatnegara.gov.my/?lang=en
 
Tarikh kemasukan pelajar ke IPTA
http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/TARIKH-TARIKH_PENTING_1213.pdf
 
Pelatih PLKN dapat tawaran IPTA dilepas mulai esok
 
KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 2 
Siri 7/2010 yang akan mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi 
program asasi di UM, UIAM, UNIMAS, UiTM, USIM dan UPNM akan diberikan pelepasan 
awal mulai esok. 
http://www.bharian.com.my/articles/PelatihPLKNdapattawaranIPTAdilepasmulaiesok/Article/
 
 
 
"Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas dan 19 
pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya 
sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak 
dilaksanakan. (Zahid Hamidi) http://malaysiakini.com/news/194193 
 
Sumber rujukan kos pembiayaan PTPTN di 
http://www.ptptn.gov.my/docs/KADAR%20PEMBIAYAANPTPTN-020611.pdf 
 
Modul Latihan Untuk Pelatih PLKN Gemuk Dijangka Diperkenal Julai Ini
Khamis Januari 19, 2012
 
BANTING: Modul latihan khas kecergasan bagi pelatih-pelatih Program Latihan 
Khidmat Negara (PLKN) yang gemuk dijangka dilaksanakan pada pengambilan 
Kumpulan Ketiga pelatih program itu Julai ini, kata Ketua Pengarah Jabatan 
Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/19/mstar_berita/20120119211958&sec=mstar_berita
 
 
8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf 
Utusan Malaysia 11 Jan 2012
 
PUTRAJAYA 10 Jan. - Satu program khas akan dilaksanakan untuk para pelatih 
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikenal pasti masih tidak menguasai 
kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik kenyataan Menteri 
Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut 8 peratus daripada 
6,667 pelatih PLKN dari 30 pusat latihan didapati tidak boleh membaca dan 
menulis. 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm
 

Kirim email ke