Pada 1 Mei 2012 ialah tarikh pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. 27 Mei 2012 
ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA. Ketika ini hingga bulan 
Mei - Julai 2012, lepasan SPM pastinya sibuk untuk menghadiri temuduga ke IPT. 
 
Mereka harus diberi masa yang secukupnya untuk membuat pilihan kursus apa yang 
harus diambil, membuat permohonan biasiswa atau pinjaman, membuat pemeriksaan 
kesihatan dan sebagainya.
 
Sekiranya PLKN tidak dapat memastikan setiap kem PLKN ada kemudahan internet 
yang secukupnya untuk para pelatih menyemak permohonan mereka ke IPT dari masa 
ke semasa, membuat permohonan biasiswa atau pinjaman, mendapatkan khidmat 
nasihat guru kaunseling di setiap kem PLKN, membuat pemeriksaan kesihatan dan 
X-ray, maka adalah perlu pengambilan pelatih PLKN pada 1 Mei 2012 ini perlu 
dibatalkan dan dibuka hanya kepada mereka yang berminat untuk menyertai PLKN 
dan tidak berminat untuk meneruskan pengajian ke IPT. 
 
Bukankah ini satu pembaziran jika ada yang mendapat panggilan ke IPT jika 
menyertai PLKN akan hadir hanya selama 1-2 minggu untuk latihan PLKN atau 
mungkin kurang kerana persiapan untuk pemeriksaan kesihatan, urusan kumpul wang 
untuk mendaftar dan sebagainya?
 
Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 
pelatih PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos 
pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun 
kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi.
 
Berita-berita isu PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com 
 
Tarikh Latihan PLKN Siri 9/2012 :
Kumpulan 2 : 1 Mei 2012 - 14 Jul 2012
http://www.khidmatnegara.gov.my/?lang=en 
 
Tarikh kemasukan pelajar ke IPTA
http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/TARIKH-TARIKH_PENTING_1213.pdf 

Kirim email ke