Apabila Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib Pengerusi DAP 
memberi pandangan peribadi yang mengkritik perhimpunan Bersih 3.0, semua media 
utama seperti TV3 dan Utusan Malaysia menjadikan ia sebagai tajuk utama. 
Semalam ketika seorang sahabat sedang menikmati makan malam di sebuah restoran, 
Buletin Utama TV3 menyiarkan berita ini, beberapa pengunjung restoran tersebut 
begitu terkejut kerana mereka menyangkakan DAP selama ini adalah parti kaum 
Cina, lebih mengejutkan mereka apabila seorang Melayu bernama Tunku Abdul Aziz 
Tunku Ibrahim menjadi Naib Pengerusi DAP.
 
Nampaknya TV3, Utusan Malaysia dan lain-lain media utama telah memberi promosi 
percuma untuk parti DAP. 
 
Apakah anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari 
yang kini bersama DAP iaitu Saudara Zairil Khir akan diberi liputan serupa? 
Kisah Zairil Tan Sri Khir Johari di 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html 
 
Tunku Abdul Aziz bantah Bersih 3.0
26 April 2012
 
KUALA LUMPUR - Seorang ahli Dewan Negara daripada DAP menggemparkan sesi sidang 
dewan apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap penganjuran 
perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
 
Ahli Dewan Negara berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) 
yang juga Naib Pengerusi DAP menyatakan pendirian tersebut ketika bangun 
berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sesi tengah hari 
ini.
 
Tegas beliau, bantahan itu berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap 
penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman 
tetapi berakhir dengan keganasan.
 
‘‘Walaupun saya daripada pembangkang, bukan semua pembangkang sokong Bersih. 
Saya tak akan sokong Bersih. Saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita 
tetapi saya biasa bekerja duduk di banyak negara. Semua demonstrasi kononnya 
mula dengan secara orang kata aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita 
tengok terjadi sebaliknya.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
 

Kirim email ke