Kajian Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan 
Malaysia (PPUKM) mendapati lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di 
luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami 
tekanan atau stres. Sementara itu tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 
2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun 
berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
 
Tragedi pada 26 April 2012, dimana seorang anggota polis yang bertugas di 
Istana Anak Bukit, Kedah maut dipercayai akibat ditembak oleh rakan setugasnya 
di depan pintu pagar istana tersebut membuktikan betapa seriusnya tahap 
kesihatan mental anggota polis kita. Justeru itu satu program pemeriksaan 
kesihatan mental menyeluruh terhadap anggota polis perlu dilakukan segera, 
serta langkah pencegahan dan pemulihan perlu dilaksanakan.
 
MASALAH PERIBADI BUKAN PUNCA POLIS KENA TEMBAK
BH 2 Mei 2012
 
AYER HITAM: Tindakan seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan 
menggunakan senjata M16 hingga menyebabkan kematian rakan setugas di balai 
pengawal Istana Anak Bukit, di Alor Setar, Khamis lalu, tidak membabitkan 
sebarang masalah peribadi berikutan kedua-dua mereka baru berkenalan ketika 
ditugaskan bersama pada hari kejadian. 
 
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata kejadian itu bukan berpunca 
daripada masalah peribadi terutama cinta memandangkan dua anggota terbabit baru 
berkenalan, namun pihaknya percaya berlaku pertengkaran kecil menyebabkan 
kejadian itu berlaku. 
 
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
BH 27 Sep 2011
 
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu 
pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau 
stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru 
serta bomba.
 
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata 
stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu 
profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah 
individu.
 
Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah 
sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini 
berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna 
kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.
 
12% RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL
UM 3 Feb 2012 
 
SUNGAI PETANI 3 Feb. - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 
menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun 
berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
 
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) 
berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang 
daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
 
Sumber : 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/05/tahap-kesihatan-mental-anggota-polis.html
 

Kirim email ke