Allahyarham Mustaffa Dapat dikhabarkan adalah merupakan seorang pakar kapal 
selam. Beliau mendapat pendidikan di Amerika Syarikat. Pernah berkhidmat dengan 
TLDM. Beliau adalah merupakan pegawai TLDM pertama mendapat sijil kapal selam 
pada tahun 1993 ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Australia sehingga 
Tentera Laut Australia begitu kagum dengan kebolehan beliau. 
 
Beliau telah dilantik sebagai konsultan dalam projek pembelian kapal selam 
negara pada tahun 2001 dan telah dihantar ke Perancis. Allahyarham Mustafa 
Dapat meninggal dunia pada 28 Ogos 2004 setelah menghidap demam. Keadaan 
bertambah kritikal setelah mendapat alahan penisilin yang jarang berlaku.
 
Malaysia kehilangan seorang pakar kapal selam yang mungkin belum ada 
penggantinya lagi.
 
Kisah lanjut di 
http://zakhir.blogspot.com/2007/10/in-memory-of-mustaffa-dapat.html 
 
Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar
1:23PM Mei 3, 2012  
 
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata 
Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika 
itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk 
syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal 
Perancis DCN.
 
Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks 
menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar 
sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.
 
Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia 
untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.
 
Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas 
oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.
 
http://malaysiakini.com/news/196802  

Kirim email ke