Berita Harian - KUALA LUMPUR: Lambakan
beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on
call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres,
berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat,
guru serta bomba.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar
yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota
polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan,
peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Akhbar berkata, anggota polis yang
mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan
mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk
pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa
sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan
yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan
sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah
termasuk rasuah, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/Article
 

12% Rakyat Malaysia Sakit Mental
Utusan Malaysia 3 Feb 2012 

SUNGAI PETANI 3 Feb. - Tinjauan
Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat
Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis
penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia
(MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu
angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat
negara ini ada penyakit mental.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
 


Siasatan Polis Tembak Rakan Selesai
Utusan Malaysia 2 Mei 2012 

KUBANG PASU 1 Mei - Polis mengesahkan
siasatan kes seorang anggotanya menembak rakan setugas di Istana Anak
Bukit di sini baru-baru ini telah selesai.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim
berkata, anggota lans koperal itu masih ditahan reman sehingga Khamis
ini dan dijangka didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

"Polis percaya motif kejadian
berpunca daripada salah faham dan perasaan tidak puas hati berkait
dengan bidang tugas.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm
 

Kirim email ke