Ajal maut itu adalah ketentuan Allah. Kesedaran masyarakat kita mengenai bahaya 
petir masih amat rendah, walhal Malaysia adalah antara negara yang menerima 
panahan petir yang tertinggi di dunia. Berada dalam kereta adalah antara tempat 
yang selamat ketika ribut petir. Dapatkan fakta Malaysia negara kekerapan 
tertinggi di dunia dipanah petir, langkah keselamatan, doa dan poster 
menghadapi petir serta beberapa kejadian petir sebelum ini di 
http://kilatmalaysia.blogspot.com 

Seorang remaja maut dipanah petir, dua parah
5 Mei 2012 

KUALA TERENGGANU – Keseronokan memancing bertukar tragedi apabila seorang 
remaja maut manakala dua lagi rakannya cedera parah dipanah petir ketika 
melakukan aktiviti itu di Pantai Teluk Ketapang di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Mohd Ismuazam Mohd Jaafar, 
18, dari Taman Desa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Chendering maut di 
tempat kejadian manakala dua lagi rakannya Mohd Ikhwan Nawawi Abdullah, 18, 
serta Mohd Fharal Adzaana, 26, cedera parah dan menerima rawatan di Hospital 
Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ibu mangsa, Norhayati Mamat, 42, berkata, arwah anaknya itu meninggalkan rumah 
kira-kira jam 3 petang dengan menunggang motosikal milik bapanya untuk pergi 
memancing. “Arwah memang minat memancing dan hari ini, arwah begitu beria-ia 
sehinggakan dari pagi lagi dia asyik memperingatkan kepada saya dan ayahnya 
untuk meminjam motosikal bagi membolehkannya pergi memancing.
 
“Malah, sebelum arwah meninggalkan rumah, dia merenung wajah saya seolah-olah 
ada sesuatu yang hendak diperkatakan, dalam nada bergurau arwah sempat berkata 
‘adakah saya ingin bergaduh dengannya’,” katanya ketika ditemui di lokasi 
kejadian, semalam.

Norhayati berkata, dia tidak tahu arwah anaknya itu datang memancing di pantai 
berkenaan kerana sebelum itu, arwah memberitahu yang dia akan memancing di 
Marang bersama lima lagi rakannya. “Saya hanya tahu arwah berada di sini 
selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lagi anak saya memaklumkan 
kejadian ini kira-kira jam 4.30 petang sebelum kami semua bergegas ke sini,” 
katanya dalam nada sayu.

Sementara itu, rakan mangsa yang terselamat, Mohd Arif Hanafi, 22, dari Kampung 
Kuala Ibai Pantai, di sini, berkata, mereka memilih lokasi benteng pemecah 
ombak berbatu di pantai itu untuk memancing. “Semasa sedang asyik memancing, 
tiba-tiba awan berubah warna hitam sebelum hujan turun dengan lebat. Melihatkan 
suasana yang agak menakutkan dengan guruh dan petir agak kuat, saya menyuruh 
rakan berteduh di dalam kereta. “Tetapi hanya saya dan seorang lagi rakan yang 
selamat kerana ketiga-tiga mereka termasuk Mohd Ismuazam tidak mengendahkan 
suruhan saya malah mengambil keputusan berlindung di sebuah khemah diperbuat 
daripada kanvas yang didirikan pemancing sebelumnya,” katanya.

Mohd Arif berkata, ketiga-tiga mangsa enggan berganjak walaupun hujan lebat 
malah sempat lagi bergurau dengan berkata “alang-alang basah mereka akan terus 
memancing”.
 
“Selepas hujan reda, saya keluar untuk mendapatkan mereka dan terkejut setelah 
mendapati arwah sudah tidak bernyawa manakala dua lagi cedera. “Saya bergegas 
meminta bantuan orang ramai yang berada di kawasan ini untuk membawa mereka ke 
hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri 
Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/seorang-remaja-maut-dipanah-petir-dua-parah-1.45456
 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke