Satu angka yang sepatutnya menggusarkan semua pihak. Yang terkini ianya berlaku 
di Taman Ayer Keroh Heights, Melaka. Lebih mengejutkan ianya bukan kejadian 
kali pertama, ini adalah kejadian bunuh diri yang kedua di taman yang sama 
dalam tempoh setahun.
 
Seorang lelaki ditemui tergantung dengan tali pada tingkap bilik air
8 Mei 2012 
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (tengah) turut mengiringi mayat 
mangsa bunuh diri yang dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat 
 
AYER KEROH - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di dalam bilik air di 
rumahnya di Taman Ayer Keroh Heights, di sini, malam kelmarin.
 
Dalam kejadian kita-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun 
ditemui oleh isteri dan abangnya selepas kira-kira 15 minit pintu bilik air 
tersebut berjaya dibuka abang mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan.
 
Menurut sumber, isteri mangsa berusia 32 tahun sebelum itu mencari suaminya di 
dalam rumah sebelum mengesyaki mangsa berada di dalam tandas di bahagian bawah 
rumah teres dua tingkat berkenaan.
 
“Selepas isteri mangsa mengetuk pintu sambil memanggilnya tetapi tiada respons, 
dia meminta abang iparnya datang, lalu mengumpil pintu berkenaan.
 
“Mangsa kemudian dilihat tergantung dengan tali pada tingkap bilik air 
berkenaan. Isteri dan abang mangsa menurunkannya bagi memastikan keadaan mangsa 
sebelum menghubungi polis,” katanya.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin 
Abd Rahman berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
 
“Pihak polis menerima panggilan kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa yang 
dipercayai membunuh diri dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
 
“Kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut,” katanya. 
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/seorang-lelaki-ditemui-tergantung-dengan-tali-pada-tingkap-bilik-air-1.46259
 
 
Gantung diri kecewa cinta
3 Mac 2011 
 
MELAKA: Sebaik bertukar kerja di sebuah kilang di negeri ini lebih dua minggu 
lalu sikap seorang remaja tiba-tiba berubah begitu ketara sekali hingga 
menimbulkan rasa pelik kepada ahli keluarganya.
 
Malah, dia juga kerap dilihat bersembang menggunakan telefon bimbit selain 
berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seseorang dipercayai teman 
wanitanya setiap hari.
 
Kelmarin, selepas memperoleh gaji, dia memberitahu rakan mengenai rancangannya 
untuk bercuti cuti selama tiga hari bermula semalam untuk pergi ke kampung 
kekasihnya, seorang gadis Orang Asli di Gapam, Jasin.
 
Namun, keluarganya menerima berita mengejutkan pagi semalam apabila remaja 
terbabit ditemui mati apabila mayatnya ditemui tergantung pada sebatang pokok 
jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, dekat sini.
 
Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, 
berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung 
dirinya.
 
http://www.hmetro.com.my/articles/Gantungdirikecewacinta/Article 
 
KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN
 
Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 
2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini 
memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang 
tidak stabil jiwanya.
 
http://temanteras.wordpress.com/2007/11/21/kes-bunuh-diri-di-malaysia-semakin-serius-sistem-pendidikan-perlu-perubahan
 
 
BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA
 
PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua 
tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas 
penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Pensyarah 
Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti 
Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh 
daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm
  

Kirim email ke