Macamana orang Melayu nak maju kalau pemimpin Melayu bersikap begini. Ambil 
contoh mudah, Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR di N.Sembilan tidak boleh 
menggunakan kemudahan awam seperti Dewan, Pusat Dakwah, Stadium untuk 
mengadakan ceramah atau mesyuarat. PAS dan PKR di N.Sembilan tiada pilihan, 
akhirnya menyewa premis dan dewan milik orang Cina. Yang untung orang Cina, 
yang rugi orang Melayu juga, akibat sikap pemimpin Melayu seperti di bawah ini.
 
Tarik lesen jika berniaga di ceramah pembangkang
14 Mei 2012 
 
KUALA KLAWANG, Negeri Sembilan - Amaran keras akan diberikan termasuk menarik 
lesen berniaga sekiranya peniaga tertangkap ketika berniaga di ceramah 
pembangkang dengan menggunakan kemudahan yang diberi kerajaan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan 
Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan, Datuk Yunus Rahmat berkata, pihaknya 
menerima aduan bahawa ada peniaga yang berniaga di tapak ceramah anjuran 
pembangkang di sekitar daerah ini.
 
“Kita tidak menghalang mereka berniaga tetapi yang menyedihkan mereka 
menggunakan kemudahan dan peralatan diberikan kerajaan.
 
“Baru-baru ini, kami berjaya mengesan ada peniaga berniaga menggunakan payung 
Fama di Kampung Bukit Serambai ketika ceramah Pas diadakan di sana," katanya 
ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasar Tani Kuala Klawang, awal 
pagi, semalam.
 
Hadir sama, Pengarah Fama Negeri Sembilan, Abdul Rahman Sulaiman; Ketua Polis 
Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusof dan Timbalan Pengarah Fama 
Negeri, Siti Nurul Haida Ibrahim.
 
Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang berkata, beliau mengarahkan 
pegawai Fama daerah agar memantau kegiatan peniaga di tapak ceramah pembangkang.
 
“Pegawai Fama perlu melaporkan kepada saya sekiranya terdapat peniaga berniaga 
menggunakan peralatan yang mempunyai label jabatan kerajaan.
 
“Kita memahami situasi peniaga yang mahu mencari rezeki dan kita tahu tidak 
semua peniaga itu menyokong pembangkang. Mereka hanya mengambil peluang 
berniaga sekiranya dipelawa pembangkang dan ia menjadi tempat mereka mencari 
rezeki,” katanya.
 
Beliau berkata, malah ada peniaga yang tidak berlesen, namun dijemput 
pembangkang untuk berniaga dan ini menjadi masalah.
 
“Selain itu, wang hasil berniaga itu akan diserahkan kepada pembangkang 
sebanyak 30 peratus dan ini secara tidak langsung mereka menyokong 
pembangkang,” katanya.
 
Yunus berkata, selain lesen perniagaan ditarik semula, peniaga yang tertangkap 
juga perlu memulangkan semula kemudahan diberikan jabatan kerajaan terbabit.
 
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya menyumbangkan payung niaga kepada 
tujuh peniaga di tapak pasar tani itu.
 
Katanya, pihaknya mengenal pasti 10 peniaga yang tidak memiliki payung untuk 
berniaga.
 
“Kita menyerahkan kepada tujuh peniaga. Manakala tiga lagi tidak hadir pada 
hari ini.
 
“Setiap payung berkenaan bernilai RM150 dan ini adalah sumbangan Fama kepada 
peniaga yang kurang berkemampuan,” katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tarik-lesen-jika-berniaga-di-ceramah-pembangkang-1.47710
 

Kirim email ke