Bermula hujung bulan Mei 2012 ini hingga ke bulan Julai 2012 adalah merupakan 
pendaftaran pelajar ke IPTA dan Politeknik. Bukan mudah untuk mendapat tempat 
di IPTA dan Politeknik memandangkan hanya terdapat 20 IPTA di negara ini dengan 
ratusan ribu permohonan ke IPTA saban tahun memandangkan yuran pengajiannya 
yang jauh lebih rendah berbanding dengan IPTS.
 
Namun masih kedengaran ada para pelajar yang menolak tawaran ke IPTA dan 
Politeknik bukan kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik, tetapi 
disebabkan oleh kesempitan hidup, keluarga tidak mampu untuk membuat pembayaran 
yuran pendaftaran dan lain-lain persiapan awal yang dianggarkan menelan belanja 
antara RM1000 ke RM2000 untuk setiap pelajar.
 
Sehubungan dengan itu Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru kepada semua 
masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar yang 
menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta 
ahli kariah. 
 
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada para pelajar yang 
mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau 
yang berada dalam kawasan parlimen Rembau bolehlah menghulurkan sumbangan 
melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau 
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) 
No akaun : 05-012-01-007334-7
 
Juga boleh menghubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS 
Kawasan Rembau.

Kirim email ke