Ahad 20 Mei 2012, saya baru balik dari program ramah mesra bersama penduduk 
Chengkau, Rembau bersama rakan-rakan saya. Kami menemui beberapa penduduk 
sekitar pekan dan pasar Chengkau. Kemudian sahabat saya Kasbi mengajak kami 
pergi ke rumah seorang penduduk di Kg Lada untuk menghulurkan sumbangan kerusi 
roda untuk seorang warga emas di sana.

Sementara menunggu sahabat saya Kasbi mengambil kerusi roda di rumahnya, kami 
menunggu dalam kereta berhampiran hentian bas atau pondok menunggu bas tepi 
jalan utama Rembau-Tampin di pekan Chengkau. Hentian bas tersebut di tepi jalan 
dari Rembau menuju ke Tampin. Saya lihat ada seorang lelaki sedang menunggu 
bas. Lama juga dia menunggu, saya ingatkan lelaki tadi menunggu bas hendak ke 
Tampin. Tiba-tiba bila saya nampak ada bas Southern dari arah Tampin menuju ke 
Rembau tiba, cepat-cepat lelaki tadi melintas jalan.

Seram sejuk saya tengok lelaki tadi melintas di jalan yang sibuk. Rupa-rupanya 
tiada hentian bas dari arah Tampin ke Rembau di pekan Chengkau tadi. Yang ada 
cuma papan tanda. Apabila Kasbi sampai, saya tanya dia, tak ada ke hentian bas 
seberang jalan sana. Katanya dah lama tak ada, sejak dibuat projek pelebaran 
jalan di Chengkau.

Lalu kami pun berbincang macamana kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan 
segera. Lalu kami pun bersetuju untuk mencari sesiapa yang ingin mewakafkan 
hentian bas, kemudian kami akan menulis surat ke Majlis Daerah Rembau untuk 
menyatakan hasrat kami untuk membina hentian bas tersebut. 

Kami pun bersetuju agar Tn Hj Roni yang merupakan Ketua Lajnah Kebajikan PAS 
Rembau untuk menulis surat ke Majlis Daerah Rembau dalam masa terdekat ini. 

Kepada sesiapa yang ingin mewakafkan sebuah hentian bas di pekan Chengkau 
samada ingin menghulurkan sumbangan atau melantik kontraktor sendiri untuk 
membinanya sila hubungi Tn Hj Roni di talian 012-2268230 atau menghubungi saya 
sendiri 012-2267406

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke