Apakah ada kebenarannya keluhan di bawah ini? Adakah PTPTN lebih banyak 
menguntungkan kolej swasta/IPTS?
 
Graduan Ijazah Pendidikan IPTS – KPM tak nak terima 
Aduan Rakyat 30 Mei 2012 
 
SEGELINTIR pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda 
Pendidikan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kini mula tertekan 
gagal memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
 
Kebimbangan itu berikutan keputusan Kementerian Pelajaran hanya menerima 
permohonan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut 
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seperti dihantar kepada graduan program itu 
yang memohon menjadi guru di sekolah kerajaan.
 
Pelajar terbabit turut tertekan pengambilan pelajar IPTS dalam program itu 
kemungkinan tidak mengambil kira unjuran pengambilan guru ditetapkan 
Kementerian Pelajaran yang dengan sendirinya menutup peluang mereka menjadi 
guru.
 
Ini ditambah dengan pelanjutan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 
tahun seperti diumumkan dalam Bajet 2012 yang dikhuaitiri menutup peluang 
graduan kolej dan universiti swasta menceburi profesion keguruan.
 
Inikah cara kerajaan mengutamakan rakyat? Pinjaman ptptn sebanyak hampir 
rm50,000 mcm mana pelajar itu nak membayar? Kenapa lulusan sekolah cina 
kerajaan boleh terima jadi guru? Takut ke kepada persatuan cina kerana undi 
untuk pru 13? jika kerajaan tidak mengiktiraf ijazah ipts kenapa diberi lesen 
kpd ipts untuk jalan kursus ijazah pendidikan? apa gunanya dan maknanya 
diberikan taraf MQA kepada ipts tersebut?
 
Nama ipts pun sempena nama EX PM Tun Abdul Razak. Tdak ada standard ke ipts 
tersebut? Kursus tersebut sudahlah mahal kerja pula tak diberikan. Apa nak jadi 
kepada org2 kampung mcm kami yg teraniaya ini? Mungkin pembangkang boleh tolong 
kami mengatasi masalah kami.Tunggulah pada PRU 13 ini.Kami akan tunjukkan kuasa 
kami.
 
Ipts pula tidak memberitahu bakal2 pelajar bahawa pekerjaan tidak dijanjikan 
atau bla bla. sampai masa nak habis kursus baru ipts tersebut mengatakan kerja 
tiada dan tak layak kerja dgn kerajaan.Duit ptptn habis disedut. ini salah 
siapa dan siapa tipu siapa?
 
Faktanya yang menjadi mangsa adalah orang2 kampung seperti kami. Inilah 
permainan orang2 bandar yang cerdik/kaya kebanyakan nya kroni kerajaan.
 
PM nak rasa denyut nadi rakyat tapi kroni2nya sedut darah rakyat. Adilkah 
kerajaan kita hari ini???
 
By: JH Rahman
 
PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang 
diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak 
semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. 
 
http://www.aduanrakyat.com.my/graduan-ijazah-pendidikan-ipts-kpm-tak-nak-terima

Kirim email ke