Saya mempunyai seorang kenalan, orang Melayu, beragama Islam, sudah berkeluarga 
dan mempunyai beberapa orang anak. Dia juga mempunyai pekerjaan tetap. Dia 
mengatakan dia sering keputusan wang kerana ketagih berjudi di kafe siber. 

Operasi untuk menutup siber kafe yang menjalankan kegiatan judi online, 
menangkap orang Islam yang mengunjungi kedai judi berlesen, menangkap orang 
ramai yang berjudi sabung ayam dan sebagainya adalah tanggungjawab pihak 
berkuasa, PBT, polis dan penguatkuasa Jabatan Agama.

Namun apa pula peranan agensi lain serta orang ramai untuk membantu mereka yang 
ketagih judi ini khususnya orang Melayu yang beragama Islam? Hampir tiada ! 

Saya hanya boleh nasihatkan kenalan saya ini, saya hanya mampu mendapatkan dia 
pekerjaan tetap, tetapi dia harus membantu diri dia sendiri untuk berubah. Yang 
penting ialah solat. 

Kita ada klinik berhenti merokok. Malangnya Malaysia sebuah negara yang 
majoritinya orang Melayu yang beragama Islam tiada klinik berhenti berjudi 
untuk mereka yang ketagihan judi.

Kenapa kedai judi on-line tumbuh macam cendawan walaupun sering diserbu? Kerana 
ada permintaan dari mereka yang sudah ketagihan judi ini, mulanya hanya 
mencuba, akhirnya sudah ketagih walaupun kaki judi ini tahu ianya adalah haram 
dan mereka tak akan kaya atau senang dengan berjudi.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke