PERMOHONAN TERBUKA UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM) PENGAMBILAN JULAI 2012 Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Bahgian Pendidikan Tinggi (PBT) akan mengadakan Permohonan Terbuka yang akan disertai oleh kesemua Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM dan ke atas khususnya pelajar Bumiputera yang masih belum mendapat tempat di mana-mana IPT di samping dapat mempromosikan program-program yang dijalankan di IPMa. IPMa yang turut sama dalam program ini adalah seperti berikut :- i. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ii. Kolej Profesional MARA (KPM) iii. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) iv. German Malaysian Institute (GMI) v. Institut Kemahiran MARA (IKM) / Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pejabat MARA Negeri Sembilan Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, 70100 Seremban, NEGERI SEMBILAN No Tel : 06-762 2429 Bertarikh : 11 & 12 Jun 2012 (Isnin & Selasa) Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang Sumber http://pmdrembau-v1.blogspot.com/2012/06/permohonan-terbuka.html#more

