Apakah maksud Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan 404.685 hektar jajaran Gunung 
Angsi yang boleh dilihat dari beberapa taman perumahan di Senawang telah diberi 
milik lama dulu sebelum beliau menjadi Menteri Besar lagi? Adakah Menteri Besar 
sebelum beliau yang melakukan kerja ini? Kepada siapa 404.685 hektar ini diberi 
milik? Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri dalam proses 
beri milik ini?
 
404.685 hektar adalah bersamaan dengan 999.99 ekar. Bayangkan berapa banyak 
perumahan rakyat boleh dibina atas tanah seluas 999.99 ekar ini.
 
**************** 
Kerajaan kecewa bukit diteroka
 
TANAH bukit di jajaran Gunung Angsi dekat Senawang diteroka oleh pemiliknya 
sebuah syarikat koperasi untuk ditanam kelapa sawit. 
 
SEREMBAN 13 Jun 2012 - Kerajaan negeri kesal dan dukacita apabila melihat bukit 
di jajaran Gunung Angsi, dekat Senawang diteroka sebuah syarikat sejak beberapa 
bulan lalu sehingga mencacatkan keindahan alam sekitar.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar 
itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau 
koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat pihak 
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.
 
''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi 
Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya 
dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau 
koperasi dari Selangor.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
 

Kirim email ke