Adakah ini bermakna kawasan air terjun di Malaysia, terutamanya di Terengganu tidak selamat dikunjungi ketika ini kerana berisiko mengandungi virus kencing tikus? Adakah alat penapis air terjun ini boleh menjamin 100 peratus menapis visrus kencing tikus? Apakah punca sebenarnya virus kencing tikus ini dan apakah langkah yang sepatutnya diambil untuk menghapuskan punca kewujudan virus kencing tikus ini? Terengganu tapis air terjun - Alat dipasang pastikan kawasan mandi-manda bebas virus kencing tikus 18 Jun 2012 JERTIH: Semua air terjun di Terengganu yang menjadi tumpuan pengunjung akan dipasang alat penapis air mengandungi bahan berfungsi membunuh virus kencing tikus, sekali gus membebaskan kawasan itu daripada ancaman virus berkenaan. Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Said memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang untuk berkelah dan mandi di air terjun selepas alat berkenaan dipasang tidak lama lagi. Kita akan pastikan semua pusat perkelahan air terjun di negeri ini bebas daripada virus kencing tikus dan pengunjung boleh mandi dengan selamat tanpa bimbang terkena jangkitan kuman yang boleh memudaratkan kesihatan. - Abdul Rahim Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu Katanya, penggunaan alat penapis itu didapati berkesan untuk membunuh virus kencing tikus serta meningkatkan mutu air. Katanya, alat itu juga sudah digunakan syarikat pengurusan utiliti Indah Water Konsortium di Selangor dan ia dikatakan berkesan membunuh virus termasuk kencing tikus. Tanpa menyebut kos, beliau berkata alat itu tidak terlalu mahal dan dalam kemampuan kerajaan negeri untuk membelinya. “Kita akan pastikan semua pusat perkelahan air terjun di negeri ini bebas daripada virus kencing tikus dan pengunjung boleh mandi dengan selamat tanpa bimbang terkena jangkitan kuman yang boleh memudaratkan kesihatan. “Pemasangan alat itu di air terjun juga sebahagian usaha kerajaan negeri untuk memastikan semua destinasi pelancongan di Terengganu berada dalam keadaan bersih menjelang Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013,” katanya selepas majlis penutup Cabaran Gunung Tebu di Pusat Perkelahan Air Terjun Belatan, Jabi, dekat sini, kelmarin. Pada Oktober tahun lalu, penduduk perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu terpaksa dirawat di hospital akibat dipercayai diserang virus hepatis A dan virus air kencing tikus. Berikutan itu, Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan dua daripada 24 Orang Asli di kawasan penempatan Sungai Berua dijangkiti wabak air kencing tikus atau virus Leptospirosis. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terengganutapisairterjun/Article

