Agak mengejutkan beberapa gambar yang dipaparkan di laman web maahadsas.edu.my 
yang kemungkinan besar menunjukkan anggota tentera Malaysia yang beragama Islam 
diberi latihan kelangsungan hidup (survival) cara menangkap, memasak dan 
memakan monyet, katak dan beberapa binatang liar di hutan.
 
Adakah ini latihan untuk menghadapi suasana darurat atau terdesak? Apakah 
selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan 
bekalan susu anak, kerana Datuk Dr Mashitah dalam ruang soal jawab agama akhbar 
Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan iaitu : “Dalam keadaan biasa, 
memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.”
 
Harap Jawatankuasa Fatwa dapat memberikan pencerahan dalam isu latihan 
ketenteraan ini. Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam keadaan darurat? 
Bagaimana pula jika latihan tersebut dalam bulan Ramadhan, kerana orang 
berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam 
keadaan darurat?
 
Atau mungkin gambar tersebut bukan anggota ATM?
 
******************** 
Jual diri kerana terdesak
Harian Metro Ahad 19 Jun 2005
 
SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual 
diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. 
Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang 
begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan 
ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? Dan bagaimana pula 
hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?
 
RAZIN Kuala Lumpur
 
JAWAPAN oleh oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim
 
HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang 
dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak 
melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.
 
Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. 
Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam 
keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia 
dimaafkan.
 
Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak 
dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong 
layak
terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.
 
*************** 
ARKIB : 28/06/2005
Tiada alasan boleh melacur kerana darurat
 
Saudara Pengarang,
 
Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak dapat diterima sama 
sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi 
jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya lebih-lebih lagi 
disokong dengan statistik peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja 
asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan kebajikan kerajaan 
mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia bersikap 
suka menolong orang yang dalam kesusahan. 
 
- ZAMRI HASHIM, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 
Sumber foto dan berita : 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/06/anggota-tentera-kita-dilatih-makan.html 

Kirim email ke