FORUM PERDANA 
Tajuk : Persiapan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 7 Julai 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 955, Kg Bongek, Rembau (rumah Hjh Rokiyah)
Ahli Panel :
1. Ustaz Mohd Fuad Othman , Pendakwah
2. Ustaz Nazree Yunus , mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti 
Malaya
3. Ustaz Fairuz Isa , mantan YDP Badan Kebajikan Anak N.Sembilan Mesir (BAKANS)
4. Moderator : Sdr Sahrizal Masrudin , AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan 
N.Sembilan
 
Turut diadakan Pelancaran Dana Pembangunan Kompleks Pusat Dakwah Serantau 
http://www.pusatdakwahserantau.net/ 
 
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086
 
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
 
PUSAT DAKWAH SERANTAU
 
Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal terutamanya kawasan 
pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri dengan pengetahuan 
asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar yang pakar dalam 
pengetahuan agama.  
 
Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan gerak kerja strategik 
dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.
 
Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal Malaysia telah 
menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).
 
PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30 orang pelajar dari 
pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan selama setahun di 
kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab 
Luar, Kajang. 

Kirim email ke